Header Ads

'Al-Quran Sahaja Yang Tak Terbakar, Yang Lain Semua Habis'



"Al-Quran sahaja yang tak terbakar, yang lain semua habis" kata seorang peniaga kedai makan apabila dirinya hanya tinggal sehelai sepinggang setelah keseluruhan rumahnya hangus dalam satu kejadian kebakaran, di Kampung Batu 1, di sini, sekitar jam 6 pagi tadi.

Difahamkan sederet tiga unit rumah sewa dan sebuah rumah milik peniaga kedai makan berkenaan keseluruhannya terbakar dalam kejadian yang berlaku selama sekitar 20 minit itu.


Pemilik kedai makan terbabit, Roslan Deris, 44, berkata, ketika kejadian dia sedang membuat persiapan memasak untuk berniaga di kedai makannya yang terletak di hadapan rumahnya.

"Ketika sedang masak, saya dengar jiran beritahu rumah terbakar. Masa itu saya cuba padam kebakaran menggunakan pemadan api tetapi tak berjaya kerana ketika itu api sudah marak dan asap terlalu tebal," katanya.

Menurutnya, dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dalam kejadian terbabit namun terkejut apabila mendapati senaskah Al-Quran di rumahnya tidak terbakar.

"Dokumen penting, peralatan rumah dan elektrik semua musnah. Tak ada apa yang tinggal termasuk sebuah motosikal.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.