Header Ads

Arwah Diseksa Selama 9 Jam Sebelum Meninggal Dunia Akibat Asma



Mangsa culik, Noor Amila Edrus Norsyam yang diculik oleh suspek yang merupakan abang ipar tirinya, dilaporkan diseksa selama 9 jam sebelum meninggal dunia. 

Lapor China Press, mangsa telah diculik dan disembunyikan di dalam bengkel suspek. Kaki dan tangan mangsa diikat serta mulutnya disumbat. Mangsa tidak diberikan sebarang makanan mahupun minuman. Dalam keadaan kelaparan dan kesejukan, mangsa diserang asma meninggal dunia. 


Difahamkan, suspek telah mengakui melakukan jenayah tersebut.  

Lapor Free Malaysia Today, suspek disifatkan seorang yang pendiam dan kurang bergaul dengan orang sekeliling. 

Menurut seorang pekerja kedai car wash berhampiran bengkel suspek, Mat Deris, 26, berkata, suspek sering berseorangan dan tidak mempunyai pekerja lain. 

"Selalu nampak dia berseorangan sahaja. Dia buka bengkel hanya apabila ada pelanggan tetap yang menghubunginya untuk membaiki kereta. 

"Pada hari mangsa hilang, suspek bersama isterinya menaiki motosikal mencari mangsa dan sempat bertanya pada kami sama ada ternampak mangsa pada jam 10 malam," katanya. 

Bagaimanapun mereka terkejut apabila melihat polis menahan suspek yang merupakan abang ipar tiri mangsa di bengkel tersebut. 

Sementara itu, isteri suspek, Nazurah Norsham berkata, dia tidak meminta semua itu terjadi, malah dia sendiri terkejut dengan tindakan suaminya itu. 

"Saya tak minta ini semua terjadi. Bayangkan diri awak semua berada dalam situasi saya. Saya kehilangan adik, bertambah sedih bila mengetahui perkara ini angkara suami sendiri," katanya. 

Nazurah bagaimanapun meminta orang ramai tidak menghina dia dan anaknya yang tidak bersalah. 

"Dia bersalah, dia akan dihukum. Balasan dia tetap ada," katanya. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.