Beri Nama 'Syaitan' Elak Anak Meninggal!
Sebelum ini, media Indonesia mendedahkan beberapa pemilik nama unik termasuk seorang warga Banyuwangi yang bernama Tuhan. Kini muncul pula nama unik lain iaitu Saiton, (syaitan).
Memetik laporan media Indonesia, lelaki yang bernama Saiton itu berasal dari Palembang, Sumatera Selatan.
"Saiton lahir di Paldas Banyuasin, 10 Febuari 1976. Nama tersebut, kata dia, merupakan pemberian kedua orang tuanya, Cik Nang dan Saimubah," petik laporan Liputan 6 Com.
Menurut Saiton, pemberian nama itu diberikan kepadanya kerana dari 12 orang adik beradiknya yang lahir, dua orang sahaja yang kekal hidup. Sepuluh yang lain meninggal tatkala berusia 5 hingga 7 tahun.
"Jika hidup semua, kami keluarga besar dengan 13 saudara. Saat saya lahir, orang tua saya berfikiran saya tidak mungkin hidup. Kemungkinan kerana kesal anaknya meninggal terus dan sebab itulah orang tua saya menganggap saya sedang diganggu syaitan.
"Kerana itu, saya diberi nama Saiton. Orang tua saya mungkin sudah 'kepalang bingung mau kasih nama apa' (sudah pening untuk memberi nama) ," jelas Saiton.
Bercerita lanjut, Saiton berkata ketika dia berusia tiga tahun, dia pernah memprotes namanya itu, sebab namanya itu sering kali dijadikan sebagai bahan ejekan rakan-rakannya, lantas katanya kedua-dua orang tuanya menggantikan nama itu menjadi Iskandar.
Namun setelah diganti namanya, Saiton sakit dan ia berpanjangan selama tiga tahun. Pelbagai cara digunakan orang tuanya untuk mengubatinya namun tetap tidak berhasil.
"Orang tua saya panik dan beranggapan, bahawa saya juga tidak akan panjang umur sepertimana saudara saya yang lain, akhirnya saya dibawa kepada orang pintar dan disarankan untuk mengembalikan nama saya seperti sediakala.
"Setelah pakai nama Saiton semula, alhamdulillah saya sembuh dan hingga kini tidak ada penyakit yang parah menimpa saya," ujarnya.
Post a Comment