Header Ads

Wanita Mengandung Mengidam Makan Sabun



Seorang ibu mengandung tidak dapat menahan keinginan peliknya iaitu makan sabun.

Jess Gayford, 26, yang kini mengandung lapan bulan kerap menjilat ketulan sabun atau cecair sabun pencuci tangan.

"Saya tidak pasti mengapa saya ingin makan sabun, tetapi setiap kali melihat sabun, saya ingin menjilatnya.

"Saya ke pasaraya untuk membeli sabun dan akan menjilatnya. Ia kedengaran menjijikan tetapi saya amat gemarkannya," katanya dipetik Bristolpost.

Suaminya, Jess Le Trimby berkata, pada mulanya dia agak bimbang mengenai keinginan pelik isterinya itu, namun berasa lega kerana ia tidak akan membahayakan kandungan isterinya itu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.