Header Ads

Dua rakyat Malaysia antara penumpang pesawat Emirates




Putrajaya: Dua rakyat Malaysia antara penumpang pesawat Emirates dari India yang mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai jam 4.45 petang (waktu Malaysia).

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, bagaimanapun Konsul Jeneral Malaysia di Dubai belum dapat menghubungi mereka kerana semua yang terbabit dalam insiden itu sedang ditempatkan dalam bilik kawalan kecemasan.

"Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai sedang bekerjasama dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti warganegara Malaysia lain yang terbabit.

"Kawasan kejadian sudah dikawal rapi oleh pihak berkuasa tempatan dan kebanyakan operasi penerbangan dijangka mengalami kelewatan,"katanya.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar melalui Konsulat JeneralMalaysia di Dubai akan terus memantau situasi semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada warganegara Malaysia yang terbabit.

Dalam kejadian 1.245 tengah hari waktu tempatan itu, (4.45 petang waktu Malaysia), sebuah pesawat penerbangan Emirates dari India mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dengan asap tebal dilihat berkepul-kepul dari pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, semua 282 penumpang dan 18 anak kapal dilaporkan selamat.

Pesawat EK521 dari Thiruvananthapuram, India, itu adalah jenis Boeing 777-300 dan digunakan penerbangan Emirates sejak Mac 2003.

Pihak berkuasa Dubai dan Emirates yang mengesahkan kejadian itu melalui Twitter, menyatakan belum ada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.