Header Ads

Indahnya Aturan Allah. Pertemuan Di Masjid Nabawi Bawa Kami Ke Jinjang Pelamin



Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,

Salam alaik awak,
Boleh ke panggil awak?
Atau kena panggil abang?
Allahu masih malu-malu lagi kita.

Alhamdulillah terikat sudah ikatan halal antara kita. Jodoh dari Allah hadiahkan untuk saya. Sedang di luh mahfuz telah tercatat nama kita cumanya masa dan jarak belum mempersatukan kita.

Yang dulu ternanti nanti siapakah yang datang menjemput antara jodoh dan maut. Semuanya rahsia allah. Rahsia indah yang diselitkan sabar dan istiqamah.

Awak,
Saya menulis ini untuk awak sentiasa bacakan pada saya hari-hari indah kita bila kita tua kelak. Dan saya tahu hidup rumah tangga ada pasang surutnya.

Dan bila kita diuji, harap awak ingatkan saya bertapa bahagia kita saling bergelak tawa membuli antara satu sama lain.

Bacakan kisah kita pada saya bila saya amnesia/short term memory loss (mohon tidak la). Ceritakan pada zuriat kita kelak bertapa indahnya pertemuan kita.

Aku habiskan hidup remaja aku dengan perkara perkara biasa remaja lakukan,
Dikelilingi sahabat yang hebat. Keluarga penyayang. Melayani lelahnya kerja.
Nikmatnya kehidupan. Alhamdulillah betapa baiknya allah mengirimkan perkara yang indah indah sahaja berlaku dalam hidup ku.

Namun,
Akan sampai satu masa setiap dari diri kita terfikir,
“Dengan siapa akan ku habiskan sisa hidup ku?”
“Dengan siapa akan ku cipta hari tua?”
“Dengan siapa akan aku kongsi rasa suka bahagia derita di dunia?”

Inginkan orang yang hebat agamanya,
Indah akhlaknya,
Baik pekertinya,
Sejuk raut wajahnya,
Tapi setandingkah dengan kita?
Yang persembahan agama ku masih banyak compang campingnya,
Yang kadang akhlak ku masih kurang tertibnya,
Yang kadang… Ahhh malu cerita aibnya kita.

Lalu allah tiupkan rasa rindukan dia,
Allah kirimkan lebih ramai lagi sahabat sahabat yang sama fikrahnya,
Agar aku tidak terus tempang mencari dia.
Dan antaranya allah kirimkan awak.

Kita sendiri akan tahu bila jiwa kita mula kosong. Mula rindukan tuhan. Dan hanya kita sahaja yang rasa Allah beri peringatan dari bermacam cara.

Aku mulakan dengan perkara-perkara kecil. Membaca semula kisah kisah hebat Islam. Aku scroll IG dakwah. Buka Youtube layan ceramah.

Tak tak. Aku tak konsistent buat semua ni. Betul lah iman itu ada pasang surutnya. Aku takut bila aku buat dosa hati aku tidak terasa apa apa, tanda hati mati.

Dan bila datang musim hajj, aku kirimkan doa mohon sahabat sahabat yang menunaikan hajj bacakan ketika hari Arafah. Aku mohon semoga diberi istiqamah dalam mencari cinta tuhan. Doa untuk ibu ayah.

Dan semoga allah jauhkan aku dari cinta yang merosak hati ku, dan diberikan jodoh yang mencintaiku kerana mencintainya.

Tipu bila aku hidup tak dikelilingi lelaki. Cuma kali ni bersungguh aku pohon semoga allah kirimkan lelaki yang sesuai dengan jiwa dan fitrah aku, terbaik untuk aku.

Kalau dia pergi, walaupun dia baik, tapi masih belum orang yang tepat. Dan Allah maha mendengar doa hambanya. Doa yang berulang-ulang dan hanya Allah sahaja yang tahu bila tiba saat terbaik dikirimkan berita gembira.

Dan kisah indah pun bermula. Allah tautkan hati kita di masjid kekasihnya.
Kita dipertemukan di masjid nabawi ditemani Mama Ani dan Ayah Zali.

Tapi bukan pertemuan yang kita ketahui, bijak Mama Ani dan Ayah Zali guna alasan, “Esok nak balik malaysia dah. Jom la dinner dengan mama sekali.”

Turun hotel saya berlari-lari sebab dah lambat. Awak tak pandang saya dengan pandangan “Jaaanemm jaanaamm” pun. Dan saya pun terkejut ada pulak orang lain join dinner dengan mama ayah.

Bila makan nasi kabsah depan Masjid Nabawi, saya dan awak tak saling memandang pun, curi pandang pun tak.

Mata cuma melihat orang beriadah di masjid sambil layan cerita mama dan ayah.
Sebenarnya saya dah lama tak jumpa lelaki depan depan macam ni. Awkward gila kot.

Tak sangka saya awak sekampung dengan saya, punya la kecik Hulu Langat tu.  Sekat Masjid Nabawi jugak jumpa.

Dalam kepala saya “boleh laa balik kampung nanti nak kirim barang dengan mama suruh Jazlan hantar (ambil kesempatan)”.

Nasib lah awak membesar dekat tahfiz. Kalau awak satu sekolah dengan saya mau geleng kepala awak kenal perangai saya yang dulu. Dan tiba tiba mama bangun ambil gambar kita semua.

Lelaki yang hebat, lelaki yang bertemu dengan wali mu dengan adab dan akhlak.
Suatu hari akan datang seseorang yang baik budi pekertinya untuk buat ku tertarik,
Cukup luas hatinya untuk ku tinggal,
Cukup bijaksana fikirannya untuk ku berbicara,
Itu kamu Mohammad Jazlan Mohammad Jan.

Saya ingat lagi text kita yang pertama kalinya.
Jazz : “Salam alaik, saya Jazlan. Mama Ani nak sangat kita berkawan. Sebab tu saya message awak, nak bagitau saya datang sini nak belajar bukan nak bercinta.”

Nurul : “Wasalam, saya Nurul. Mama Ani pun nak sangat kita berkawan. Sebab tu saya reply message awak, nak bagitau saya datang sini nak cari rezeki bukan nak cari jodoh.”

Jazz: “Awak bagi no fon parents awak. Saya nak minta izin parents awak. Saya nak parents awak tahu anak dia kawan dengan siapa jadi dia tak risau. Eventho as a friend.”

Bila saya baca text yang ni, kagum sekejap.
Tak pernah orang minta no telefon mama yayah sebab nak minta izin berkawan.

Betullah,
Lelaki yang hebat adalah lelaki yang berani bertemu wali mu dengan adab dan akhlak. Eventho guna wassap (maklumlah lain benua).

Dan saya manfaatkan persahabatan kita sebaiknya,
Awak tegur tentang aurat, awak ajarkan saya tentang solat, dan banyakk lagi perkara yang buat saya kagum “Pergghhh camni rupanya rasa bila faham Islam.”

Selama ni aku buat yang basic tanpa menjiwai memahami setiap rahsia dia.
Masasolat aku solat. Masa puasa aku puasa. Masa ngaji aku ngaji.

Tapi Jazz terangkan lagi kenapa solat kena ada to’ maninah. Kenapa aurat kena jaga betul-betuk sebab tak nak ayah abang kena seksa. Bukan aku tak tau. Cuma aku hati aku belum terkesan lagi.

Bila aku tak faham aku tanya, dengan tenang awak terangkan. Bukan senang nak tegur aku tentang perkara perkara yang kita dah biasa buat.

Awak tegur tanpa gelojoh, bahasa mudah. Terima kasih untuk tempoh persahabatan tak sampai sebulan.

Dan Jazz pun tak sombong. Bila aku terangkan sesuatu tentang medic, modern life, what happen surround me, he willing to hear everything.

Aku ingat lagi bila aku cerita tentang size rahim, rupa dia bila kena kanser, macam mana baby boleh hold on dalam rahim, Jazz punya excited dapat ilmu baru subhanallah. Terus dia cakap “sebab tu ibu tu no 2 lepas allah dan rasul. Ssampai 3 kali disebut ibu baru ayah.”

First time taaruf

Sebenar waktu jumpa dengan Mama Ani dan Ayah Zali dekat Masjid Nabawi, aku memang pandang Jazlan untuk beberapa saat.

Selebihnya aku tengok anak Arab main kejar-kejar, cleaner cuci lantai, aku makan. Lama tak jumpa lelaki aku jadi segan kot. Makanya, aku tak ingat sangat muka dia ahahahahahhaah.

Oleh sebab aku nak balik Malaysia, aku borong madu Yemen dari dia (sekarang kami bisness partner). Dan memandangkan his birthday on Nov, so we plan for taaruf ditemani geng aku. Best place to meet – Masjid Nabawi.

Lepas habis solat maghrib,macam biasa keluar dari Masjid Nabawi nampak berduyun-duyun suami tunggu istri dekat luar masjid. Aku selalu gurau dengan geng aku;
“Kak, tu suami kau dah tunggu kak” sambil tunjuk laki kulit hitam.
“Kak, aku pergi makan dulu. Anak dengan laki aku tunggu tu” sambil tunjuk pak Arab hensem dokong anak.
“Kak, kan best kalau laki kita tunggu kita dekat luar masjid, sweettttt sangat kan.”
“Kak, laki ni mesti power en sebab dia kenal plak bini dia dalam reramai perempuan berniqab ni. Musykil aku kak.”
Perkataan itu satu doa. Bila cakap benda yang baik-baik melantun-lantun kebaikan berlaku. Dan Allah maha mendengar eventho yang aku cakap tu bukan serius pun.

Maka berdoa lah bila menginginkan sesuatu,bersembang dengan Allah. Sampai masa mesti Allah hadiahkan sesuatu. Sabar wa istiqamah.

So, we meet and first time tengok muka dia (in front of my eyes ahahaha). Mak Yan terima kasih teman kita keluar hari tu. Sempoi je senang gila masuk kepala.

Ok Jazlan manisss sangat! Aku yang sangat cool sebelum ni terasa berterabur rusuk. We just meet to say hi. Ambil madu and celebrate his birthday (makan dan bagi hadiah je pun).

Dan Jazz yang depandepan sangat suka bercakap. Not a rubbish talk, he reminds us of kiamat and all good thing in our deen.

Balik rumah, aku mula rasa aku lain. Sebelum ni tak ada rasa apa pun. Seronok kawan sebab dia ada ilmu, mudah faham dan senang jadi rujukan.

Tapi aku jadi takut. Aku ni rakyat marhaen je. Level agama aku tahap faham halal haram, dosa pahala. Aku dengan dia bukan sefikrah. Dia belajar agama, quran dalam kepala.

Aku hidup modern lifestyle huha huhaa quran takat ayat lazim je. Tu pun sebab kecik-kecik ada exam hafazan jadi kena hafal juzuk 30. Kalau tak syaitonnirajimm jugak la.

Lepas solat aku dah fikir. Kalau kami berkawan lagi lama takut nanti aku ni tak reti jaga ikhtilat. Nanti otak dia terjejas nak hafal quran.

Aku taknak la jadi penyebab dia tak fokus sebab sikit-sikit aku tanya soalan. Aku scroll IG semua duduk post pasal ikhtilat adoidoidoiidoii.

Jazz : “Sekiranya saya nak berkahwin dengan awak, awak sudi ke? Ikhlas dari hati. Kalau awk tak selesa nak jawab, takpe. Saya cool je.”

Nurul : “Jazz, UAI cakap kalau laki tanya cenggini maksudnya dia ajak bertunang. Besides saya takut jadi penyebab awak lalai dalam study. Atau tak fokus. Saya tak nak jadi penyebab otak awak tak dapat hafal al-quran dengan senang macam selalu.

Macam awk cakap, nak mantainkan hafalan tu kan susah. Saya tak nak jadi penyebab semua yang merosakkan awak. Jadi ada beza dunia awak dengan dunia saya. Awka tengah sibuk nak study mantapkan ilmu. Saya pulak tengah kerja sambil mncari ilmu. Dunia ilmu awak bukan dunia main-main.

So, apa pun keputusan awak saya ikut. Kalau awak rasa dah smpai jodoh, kira alhamdulillah. Atau awak nak study lagi dan lagi dan lagi, pun bagus jugak.”
Panjang lebar aku luah perasaan takut aku.

Jazz : “Kenapa bila saya dah mula sayangkan seseorang, dia nak pergi tinggalkan saya.”

Aku baru nak explain yang kawan sampai sini tu tak bermaksud putus kawan tapi sebab dia reply cenggitu, otak aku terus synapse laju. Hati bermonolog “Jazz serius suka aku jugak ke? ”

Nurul : “Bismillah. Bila awak dah ready nak jadi suami, awka bagitau saya. Saya sudi jadi isteri solehah untuk awak (insha allah)”. Paling cool ayat aku ajak dia kahwin.

Jazz : “At first saya dah cuba sekat diri saya dari sukakan awak. Hatta sukakan sesiapa pun. Keluarga saya kenalkan saya dengan perempuan yang tudung labuh, niqabis, saya tak minat.

Walhal memang saya suka kalau isteri saya kelak macam tu. Saya nak belajar dulu. Tapi sebab permulaan kita dari keikhlasan Mama Ani doakan jodoh kita di Raudah saat pertama kali kita jumpa, saya cakap dengan diri saya, takpe lah kawan je pun.

Bila saya cerita dengan mak saya, belum jumpa awak lagi mak saya dah minat. Dari situ saya mula nak tau pasal awak. Saya check blog, FB awak, IG awak.

Tapi bila kawan dengan Nurul, awak betul-betul jadi diri awak. Awak betul-betul nak tahu pasal agama, nak beruban. Bukan text mengada-ngada macam perempuan lain. Saya selesa dengan awak”

Nahhhhhhh IG, FB aku blog masha allah ahahahaha bersepah gambar yang entah apa-apa. Patutlah dia tegur aku punya la berhemah.

Nurul : “Awak nak nikah dengan saya tak? ”

Jazz : “Saya Mohammad Jazlan Bin Mohamad Jan nak nikah dengan Nurul Hidayah Zaini”

Guys,
Jatuh cinta kepada orang lain (bukan sejenis), sari segi jatuh cinta itu sendiri bukanlah aib dan juga bukan dosa.

Jatuh cinta adalah fitrah, sedang nabi, orang suci, orang soleh, dan ulama mengalami jatuh cinta kepada pasangan sebagaimana manusia pada umumnya.
Rasulullah صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ cinta kepada Khadijah dan Aisyah.

Cinta dalam pandangan Islam seperti iman, diyakini dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan dibuktikan dengan tindakan. Kerana mencintai merupakan salah satu ciri orang-orang beriman.

Diyakini dengan hati iaitu cinta datang bukan berasal dari dorongan nafsu. Tetapi, cinta datangnya dari iman di dalam diri yang mengedepankan akhlak mulia dan ketaqwaan kepada allah swt.

Kerana cinta atas dasar nafsu takkan mendatangkan kebahagiaan dan ketenteraman di jiwa, kecuali kesengsaraan.

Diucapkan dengan lisan iaitu cinta diucapkan kepada seseorang yang kita cintai, dan itu termasuk sunnah karena rasulullah sendiri menganjurkannya. Namun cinta diucapkan kepada yang sudah halal, dan yang paling penting adalah kepada orang tua.

Dibuktikan dengan tindakan kerana Rasulullah saw pernah berkata jika ada seorang lelaki mencintai seorang perempuan, maka melamarnya untuk dijadikan isteri merupakan bentuk dari pembuktian cintanya.

Jika menyukai, segera nikahi. Tetapi kalau belum mampu, maka berpuasalah, iaitu kendalikan nafsu dan cintai dalam diam. Itu semua demi menjaga kesucian diri sendiri dan kusucian dia yang dicintai.

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula).

Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).

Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga).” (qs an-nur:26)

Bila pasangan kita tidak sesuai dengan harapan,maka itu adalah ujian bagi kita untuk menjadi hamba-nya yang bersabar dan bersyukur. Kerana syurga lah tempat mereka yang mampu bersabar dan bersyukur.

Cinta yang baik juga harus membuatmu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bila cintamu membuat hidupmu lebih buruk, maka jangan takut untuk melepaskannya pergi.

Cintailah seseorang dengan bersederhana. Jika berlebihan akan membuatkan kamu sakit bila kehilangan. Mencintailah tanpa mengharapkan balasan.

Tulus ikhlas dgn diri sendiri dalam mencintai pasangan. Jangan sembunyikan kekurangan diri darinya. Kerana bila 2 hati tulus mencintai, mereka akan menemukan cara untuk terus bertahan,tak peduli walau sukar untuk terus bersama.

Ingatlah bahawa cinta sejati hanyalah milik Allah. Cinta manusia hanya akan membuatmu terluka, maka cintailah manusia karena Allah.

Cinta kerana Allah adalah cinta yang membuatmu semakin dekat dengan Allah, cintai seorang yang bersamanya kamu akan merasakan manisnya iman.

Carilah cinta yang bersamanya bertambah keimananmu dan memuliakan dirimu juga kehormatan dirimu.

Jatuhkanlah cintamu kepada seseorang yang siap menangkapnya, jangan biarkan cintamu jatuh kepada orang yang belum siap sehingga jatuh dan pecah berkeping-keping hatimu.

“Jika aku jatuh cinta, cintakanlah wahai Allah kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-mu.

Dan jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-mu. Semoga kita semua adalah hamba-hamba allah yang mampu menjaga kesucian diri dengan menjunjung tinggi aturan cinta dalam islam. Aamiin allahumma aamiin. ” Doa aku kirimkan dekat sahabat di padang arafah dan setiap solat ku.
Aku tahu setiap orang punya kisah cinta dan cerita yang tersendiri. Tapi tiap kisah cinta dan cerita paling penting punya restu keluarga, ibu bapa terutamanya. Dari situ lahir keberkatan hubungan, insha Allah.

Mama Ani adalah mama kawan baik aku (Azureen) yang dengan sengaja kenalkan aku dan Jazlan di Masjid Nabawi. Mama Ani juga merangkap kawan baik mak Jazlan.

Dari kecil aku selalu main dekat rumah Azureen. Makan tidur merayap dan adik bongsu aku Fatin pun diasuh dari kecil dekat rumah Mama Ani. So Mama Ani memang kenal sangat perangai aku.

So, once Mama Ani dan Ayah Zali balik dari haji dorang ceritakan perihal aku dengan Jazlan dekat mak ayah Jazlan.

Dan sejak Jazlan mula kawan dengan aku, dia dah minta izin parents and both parents aku setuju. So both parents know that aku dengan Jazlan berkawan.

Dan tibalah saat aku pulang ke Malaysiaaa, ramai insan-insan tersayang menanti.

Aku tak jetlag. Hari ke 3 aku sampai Malaysia aku beranikan diri minta izin mama yayah, nak ziarah mak ayah Jazlan.

Takut? Of course. Terutama time nak minta izin. Bukan semua parents open minded nak anak perempuan dia pergi rumah pihak lelaki. Besides mama yayah aku sendiri tak pernah jumpa atau tengok muka Jazlan.

Takat wassap tu biasa lah. Aku pulak tak pernah call or wassap mak ayah Jazlan. Aku kenal mak ayah Jazlan dari cerita Jazlan je. Obviously looks like perigi cari timba. Kalau ikutkan logik perangai aku, memang tak la aku nak suka-suka datang rumah lelaki takde sebab.

Tapi dalam kepala aku, aku balik Malaysia once in awhile. Aku tak nak kehilangan lelaki macam Jazlan dari jadi bakal imam aku.

Nak tunggu Jazlan balik Malaysia kenalkan diri dekat keluarga aku lagi 7 bulan, lama gila. Tapi aku sedar diri aku bukan dari golongan yang keluarga dia bayangkan bakal isteri Jazlan kelak.

Normal orang akan fikir, ustaz akan kahwin dengan ustazah. Tudung labuh atau berniqab atau ambil aliran sama course agama.

But me? Totally out kot. Aku serius tawakal takut kena marah dengan mama yayah tapi tak tau laaa mana kekuatan aku dapat ahahahahah.

Hari pertama jumpa keluarga Jazlan. Tak sangka adik Jazlan satu sekolah dengan aku dulu. Sekolah besar sangat tak sempat nak kenal semua orang ahahahaha.
Salahkah perempuan mulakan perkenalan?

Kalau ikut logik adat, macam tak tahu malu pulak aku ajak keluarga aku datang jumpa keluarga Jazlan. Kenalkan diri dekat mak ayah Jazlan,

“Saya Nurul Hidayah, yang kawan dengan anak makcik dekat Madinah. Kalau ada jodoh insha Allah kami nak bina keluarga”.

Desperate sangat ke nak kahwin? Tak.

Bagi aku, bila aku dah jumpa lelaki yang baik, untuk perkara yang baik, dengan keluarga baik baik, aku tak perlu tangguhkan lagi.

Alhamdulillah allah mudahkan urusan perkenalan kami, aku pun cakap elok-elok dengan mak ayaks aku. Aku dah achieved most of the goal dalam life aku, alhamdulillah.

Kita kena beriman dengan qada dan qadar. Setiap orang telah diberikan rezeki masing-masin.

Mungkin tak berjodohan di dunia kerana nak diberi peluang berbakti kepada ibu bapa. Aku yakin rezeki untuk jodoh aku dah sampai. Cumanya aku kena kuat untuk mulakan semua dulu.

Saidatina Khadijah sendiri meminta sahabatnya risikkan Rasullullah saw untuk dirinya,sedangkan beliau merupakan wanita terkaya dan teragung dahulu.
30 Disember 2015 majlis pertunangan Nurul dan Jazlan.

Kisah ni lagi tak boleh blah. Macam angin taufan sekelip mata berlaku.

Sepatutnya 31 Dis tu aku terbang balik ke Madinah. Tengah hari 29 Dis tu mak Jazlan call ajak pergi beli cincin untuk tunang. Aku dengan Jazlan tak pernah pun rancang nak tunang . ‘Mini heart attack’ time tu dengar.

Mama sembang melalui telefon dengan mak Jazlan kemudian aku bawa dorang pergi beli barang esoknya kami tunang.

Macam pelesit jugak la. Tapi macam tak sangka Allah bantu mudahkan urusan pertunangan kami malah bantu mudahkan urusan pernikahan kami.

Majlis pernikahan kami – 16 July 2016.







Kepada yang banyak membantu dalam majlis pernikahan dan walimah kami syukran katiraa dari kami dan hanya allah dapat membalasnya.

Doakan yang indah indah berlaku dalam hidup semua org insha allah. Dan saya isteri dia sampai hujung nyawa insha allah.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.