Gajah Prasejarah Penemuan Luar Biasa
Jabatan Hidupan Liar Sabah membuat penemuan luar biasa iaitu seekor gajah dengan gading menghala ke bawah, hampir menyerupai haiwan prasejarah, harimau gigi pedang.
Penolong Pengarahnya, Dr Sen Nathan, berkata pasukan jabatan itu menemui gajah terbabit ketika membuat translokasi sekumpulan gajah dari Felda Umas, Tawau ke kawasan baharu.

"Ia penemuan yang jarang berlaku, namun semua gajah mempunyai keunikan tersendiri," katanya.
Difahamkan, gajah terbabit akan dilepaskan semula ke kawasan hutan simpan. Gajah Pygmy Borneo antara haiwan yang disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli (IUCN).
Post a Comment