Header Ads

Gambar Kereta Proton Saga Baru Terdedah



Beberapa keping gambar 'spyshot' yang merakamkan kereta Proton Saga yang baharu mula tersebar di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

Jika dilihat dari sudut belakang, memang boleh dilihat 'improvement' dari segi reka bentuk Saga terbaru ini.




Antara perbezaan yang ketara yang boleh dilihat antara Saga 2016 dan Saga sebelumnya adalah lampu brek. Tak dinafikan curving pada lampu brek Saga 2016 agak 'menggiurkan' dan sekaligus akan menjadikan Saga terbaru ini kelihatan lebih panjang jika dilihat dari bahagian sisi.

Penambahbaikan reka bentuk ini juga dilihat sebagai satu usaha Proton untuk meletakkan kereta-kereta mereka setaraf dengan reka bentuk kereta import yang lain.

Proton mengumumkan mereka akan mengeluarkan tiga model baru tahun itu iaitu Persona, Saga dan juga MPV baharu, Ertiga pada bulan ini, ini bermakna kereta ini akan memunculkan dirinya secara rasmi tidak lama lagi.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.