Header Ads

Pakai Beg Tangan Berharga RM45, Isteri PM Singapura Jadi Tumpuan



Dengan hanya membawa sebuah beg tangan bewarna biru dengan motif dinasour putih semasa lawatan rasmi ke Amerika Syarikat, isteri kepada Perdana Menteri Singapura, Ho Ching nampaknya menjadi tumpuan netizen seluruh dunia.

Mana tidaknya, dengan isteri-isteri pemimpin lain memakai beg jenama mahal, beliau hanya memakai beg tangan bernilai $14.80 iaitu bersamaan dengan RM45.




Lee Hsei Loong dilihat memakai beg berkenaan semasa menghadiri majlis ketibaan di White House yang disambut Presiden Barack Obama dan Michelle Obama.

Menurut laporan Channel News Asia, beg berkenaan adalah ahsil rekaan pelajar autisme dari Pathlight School, Seetoh Sheng Jie yang juga dijual secara dalam talian di laman web The Art Faculty dengan harga S$14.80 (RM 45).

Menurut Timbalan Pengetua dan Ketua Program Pembangunan Artist di Pathlight School, Loy Sheau Mei berkata, mereka berasa amat berbesar hati selepas isteri kepada PM itu memilih untuk membawa beg berkenaan semasa lawatan rasminya di Amerika Syarikat.

"Ia memberikan penghargaan besar kepada pengkarya di Artist Development Programme (ADP) dan The Art Faculty." katanya. - Siakapkeli.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.