Jangan Sambut Merdeka Hanya Di Facebook, Jom Sertai Merdeka 360 !
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016.
Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sepertimana yang kita ketahui dan akui, zaman ini remaja rata ratanya lebih gemar untuk tidak keluar rumah dan melakukan aktiviti riadah dan berkawan seperti sepuluh tahun dahulu. Kehadiran pelbagai teknologi gajet mendekatkan mereka hanya bersosial dalam di alam maya. Budaya sebegini sebenarnya boleh menjadi barah dalam masyarakat muda kerana ianya mengurangkan semangat kekitaan, menjauhkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kadar kemurungan.
Oleh itu, pada sambutan tahun ini, kerajaan telah merangka dan memperkenalkan Merdeka 360.
Oleh itu, pada sambutan tahun ini, kerajaan telah merangka dan memperkenalkan Merdeka 360.
Slogan tersebut diperkenalkan dengan harapan sambutan kemerdekaan kali ini disambut secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat dinegara ini dengan sama sama hadir kesemua program yang telah disusun oleh pihak kerajaan.
Antara program yang telah dirangka oleh KKMM ialah :-
Konsert SEHATI SEJIWA.
Tarikh : 30 Ogos 2016
Tempat : Parking B, Bukit Jalil
Live : TV3
Waktu : 9.00pm - 11.00pm – 11.30pm - 12.00am – 12.30am
Barisan artis :
Untuk mengikuti lebih lanjut dan maklumat terkini anda boleh ke Facebook : Merdeka 360
Post a Comment