Pak Piee Meninggal Dunia
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Pak Piee di atas pemergian pelawak veteran itu buat selamanya di rumah anaknya yang di Teluk Bahang, Pulau Pinang kira-kira pukul 9 malam Khamis, akibat sakit tua.

Melalui laporan mStar Online, anak kepada pelakon berkenaan, Subariah Shafiee, berkata, sejak seminggu lalu kesihatan arwah semakin merosot dan tidak lalu makan selain kelihatan penat.
“Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat.
Post a Comment