Header Ads

Pelik! Terlupa Wajah Isteri Sendiri Selepas Dibedah (Video)



Info Pelik. Pengalaman jatuh cinta ketika bertukar pandangan buat kali pertama sememangnya indah namun untuk mengulangi detik-detik perasaan itu semula dengan orang yang sama pastilah hampir mustahil.


Namun, seorang lelaki melaluinya apabila tidak mengenal isteri sendiri selepas menjalani satu pembedahan.

Paling menarik, lelaki itu yang merasa seolah-olah melihat isterinya buat kali pertama begitu kagum dengan kecantikan si isteri dan memujinya melangit.

Video ini dirakamkan isteri Jason Mortenson dari Utah, Amerika selepas dia selesai menjalani pembedahan membetulkan hernia.

Dalam keadaan khayal ubat bius, Jason pada mulanya menyangka isteri yang datang merakam dirinya diutuskan oleh doktor.

Dia sempat memuji, si isteri merupakan perempuan paling cantik pernah dia jumpa malah bertanya, jika dia merupakan seorang model.

Apabila diberitahu itu isterinya bernama Candice, Jason bagai tidak percaya dan mengungkapkan kegembiraan seperti telah menang loteri.

Dia turut memuji gigi isterinya yang sempurna dan berkali-kali bertanya sama ada benar mereka sudah berkahwin.

Setelah sedar dari pembedahan dan ditunjukkan semula rakaman berkenaan, Jason menyatakan dia sememangnya tidak sedar tetapi jujur ketika mengeluarkan kenyataan ketika itu.

Katanya, pembedahan tersebut merupakan yang kelima sepanjang perkahwinannya selama 6 tahun dengan Candice yang sentiasa berada di sisinya sewaktu susah mahu pun senang.

Justeru, ungkapan cinta yang diucapkannya ketika di bawah pengaruh bius mahu pun sebaliknya, benar-benar terbit dari hati. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.