Header Ads

Pokemon GO Kehilangan 15 Juta Pemain Dalam Masa Sebulan



Adakah anda masih menangkap Pokemon di dalam aplikasi popular Pokemon GO? Berapa banyak haiwan maya ini sudah berjaya ditangkap? Di Malaysia kehangatan permainan ini masih boleh dirasai kerana masih berita negatif mengenainya masih boleh dibaca di dada akhbar. Di negara lain yang menerima Pokemon GO lebih awal,jumlah pemain aktif semakin berkurangan. Menurut data dari Apptopia, Pokemon GO kehilangan 15 Juta pemain aktif sejak sebulan yang lalu. Data diambil sehingga 8 Ogos yang lalu dan dipercayai jumlah ini semakin meningkat.

Jumlah pemain aktif tertinggi direkodkan pada pertengahan Julai 2016 dengan 45 Juta pemain. Selepas tarikh tersebut jumlah pemain mula menurun. Selain itu masa yang dihabiskan di dalam aplikasi oleh pemain setiap hari juga semakin menurun. Demam Pokemon GO nampaknya sudah mula reda. Ini sudah kami jangkakan kerana sudah melihatnya terlebih dahulu dengan permainan Farmville, Kim Kardhasian Hollywood, Clash of Kings, Fruit Ninja dan Angry Birds.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.