Header Ads

Potong Tangan Isteri Kerana Tak Hamil, Tapi Dia Yang Mati Pucuk



Kakishare.my - Dia sendiri yang mati pucuk, ada hati nak menyalahkan si isteri dan sanggup memotong kedua-dua tangan tangan wanita itu dengan parang kerana tidak mengandung selepas tujuh tahun berkahwin.


Kejadian mengejutkan itu berlaku di Masii, Machakos, Kenya, melibatkan sepasang suami isteri.

Dalam kejadian itu, Stephen Ngila yang telah tiga bulan menghilangkan diri, kembali ke rumahnya dan terus menyerang Jackline Mwende sambil menjerit “ini hari terakhir kau’’.

Stephen mengamuk kerana gagal mendapat anak meskipun doktor mengesahkan dirinya sendiri yang mengalami masalah kesuburan, bukannya isterinya.

Biarpun doktor memberitahu masalah itu boleh dirawat namun Stephen tidak pernah hadir pada setiap kali temujanji.

Serangan itu mengakibatkan kepala Jackline cedera parah manakala kedua-dua tangannya dipotong oleh suami yang tidak berhati perut itu.

Stephen telah ditangkap sehari selepas kejadian itu sementara Jackline yang sangat-sangat kecewa meminta agar suaminya itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

“Dia sangat tidak berhati perut dan mahu membunuh saya di sebalik kasih sayang saya terhadapnya,’’ kata Jackline.

Dalam pada itu, aktivis Naitore Nyamu berkata, ia merupakan satu kes yang mengejutkan di Kenya ketika pihaknya berhempas pulas untuk menamatkan keganasan terhadap wanita.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.