Header Ads

Viral Gambar Guru Main Troli Di Sekolah



Kakishare.my - Sejak semalam, menjadi viral beberapa keping gambar yang menunjukkan gelagat seorang guru sekolah yang naik dan menolak troli membawa barang seperti seorang kanak-kanak.

Menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook milik Cikgu Asmadi Samad, aksi guru berkenaan yang dilihat agak lucu, menerima pelbagai respon daripada netizen dengan rata-ratanya memberikan reaksi positif.



Ada yang menyifatkan tindakan guru berkenaan adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan sama seperti orang lain dan ada yang menganggap ia kelakar.

Namun tidak terlepas ada juga yang beri komen negatif seolah-olah tidak faham hati seorang manusia.

Seorang pengguna akaun bernama Azizah Speak berkata: “Biarlah cikgu main seorang, kalau ada anak murid malulah dia. Lepaskan gian main troli,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna akaun bernama Pilus Piluz berkata, “Hanya seorang guru faham beratnya tugas sebagai guru pada zaman ini,” tulisnya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.