Header Ads

Hup Seng Mempertahan Produk Biskut Ping Pong Daripada Tuduhan Ada Plastik



Pembuat biskut dan manisan Hup Seng telah dipaksa untuk pertahanankan jenama popular mereka, Ping Pong Special Cream Crackers setelah satu video di Internet mendakwa biskut tersebut mengandungi plastik dan boleh dibakar.

Dalam satu kenyataan diterangkan oleh Hup Seng melalui Facebook rasminya, syarikat itu mengatakan yang semua produk makanan yang menggunakan tepung dan minyak boleh terbakar tetapi ianya tiada apa-apa kaitan dengan keselamatan makanan tersebut.


Syarikat itu mengatakan bahawa klip video yang viral di Internet itu dikeluarkan oleh individu keji dan bermusuhan bertujuan untuk memburukkan imej produk syarikat dan reputasinya.

Dalam satu video baru-baru ini di YouTube, seorang lelaki mengatakan bahawa biskut itu mengandungi plastik dan beliau boleh membakar biskut tersebut.

Hup Seng mengatakan bahawa syarikat itu telah menghantar Hup Seng Ping Pong Special Cream Crackers untuk ujian makmal untuk membuktikan bahawa tiada plastik di dalam produk mereka itu.

Di bawah ini, kenyataan terbaru oleh Hup Seng melalui Facebook menunjukkan laporan ke atas ujian yang dijalankan membuktikan bahawa biskut itu dapat dibakar kerana kandungan udara lembap dalam pakej dan minyak yang boleh dimakan di dalam produk tersebut.

Laboratory expert explained -

"For your cream cracker, due to its low moisture, air pocket in your product aided by the edible oil, it is very natural that it can be burnt. This burning characteristic has no direct correlation with the safety of food consumption"




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.