Suami Makin Ligat ‘Look Around’ Selepas Aku Bersalin
Kakishare.my - Sejak minggu lepas viral pasal isteri gemuk yang akan diceraikan hujung tahun ini. Membaca kisah sebegini sememangnya mengguris perasaan aku. Apa lagi aku pun berada dalam situasi yang hampir sama.
Selepas bersalin entah kenapa berat badan bertambah, bukan sampai tahap gemuk, namun mata sendiri pun tidak puas hati. Cutting badan sudah tidak jelas, Cuma yang nampak bonjolan lemak, antara dada dan perut sama tinggi. Paling menyedihkan apabila berjalan-jalan, suami akan berpusing 180 darjah bila melihat perempuancantik.
Aku telah cuba diet, berat turun cuma cutting masih sama. Suami mula menjauhkan diri bila terjumpa kawan-kawan dia, rumah terbuka company pun dia tak bawa aku lagi. Paling jelas suami mula melayan perempuan di Wechat.
Cuba mencari perempuan melalui fungsi look around. Bila aku cuba menegur dia akan marah, katanyatakkan nak tengok muka aku 24 jam. Muak katanya. Kalu dulu dia masih menahan bahasa, sekarang kata-katanya cukup pedih. Aku tak tahu andai tinggi aku 151 dan berat 52 kg tu terlalu gemuk?
Ada ketika bila dia nampak aku makan, dia akan sound dengan mengatakan dalam rumah kami terlebih bekalan makanan, anak aku menyusu badan, pergi kerja pun aku pam di tempat keje, jadi aku sentiasa lapar.
Sehari dua ni dia mula memberi perhatian dengan seseorang, tergelak-gelak ditelefon, kekadang merengek manja. Hanya Allah yang tahu betapa sakit hati ku. Aku langsung tidak dilayan. Semalam balik lambat dari tempat kerja. Dimukanya aku nampak dia tengah bahagia. Apa yang perlu aku buat?
Anak masih kecil, hendak diikutkan pendapatan suami pun bukan seberapa, kami berkongsi segalanya, berkongsi bil-bil, berkongsi beli makanan, dia bayar rumah aku bayar kereta. Nak kata hensem, tidak juga, biasa sahaja. Dia pun agak berisi, jadi kenapa merungut bila aku sedikit berisi. Tidak boleh terima kah sedikit kelemahan yang aku ada, makan minum aku sedia, pakaian kemas ke tempat kerja.
Aku buntu apa perlu aku buat, untuk nasihat jauh, belom sempat aku buka mulut dia sudah bangun ke tempat lain. Telefon langsung tidak diletak, dia seolah-olah jatuh cinta lagi . malah ugutannya buat aku terkedu. Katanya andai aku melibatkan orang tua kami dalam masalah ini, aku akan menyesal. Apa maksud dia? Adakah aku akan terus makan hati begini sampai bila-bila?
Post a Comment