Header Ads

Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Tengok Lah Gambar Gambar Ni !!



Seoang lelaki meluahkan kekecewaannya di media sosial berikutan rasa tertipu dengan pihak pemaju apabila rumah yang dibelinya, tidak mempunyai kualiti seperti yang dijanjikan.

Pengguna akaun Facebook Taufeeq Nordin turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bahagian rumahnya yang didakwa merekah, ketinggian siling tidak sekata dan pelbagai lagi kerosakkan ruang dalaman rumahnya.

“Jom lihat, bagaimana pemaju buat pagar rumah. Okay, 1, 2, 3! Campak batu, campak simen, campak batu, campak simen! Yearghh! Siap! 5 star builder. Yes!“ demikian status yang dimuat naik Taufeeq terhadap pemaju berkenaan berserta dengan beberapa gambar bukti bagi menyokong dakwaannya itu.


Difahamkan, rumah dua tingkat itu berharga hampir RM500,000, mempunyai tiga bilik tidur, tiga bilik air dan keluasan 22 x 70 serta pegangan bebas.





Menurut pengadu, rumah yang dibelinya di selatan Semenanjung itu telah mendapat surat sokongan CCC atau Sijil Kelayakan Menduduki, namun belum diluluskan oleh Bomba. Justeru menimbulkan persoalan, bagaimana CCC boleh diberikan tanpa pemeriksaan Bomba?



Selain dari keadaan tiang pagar rumah yang terjejas, bahagian tangga, tandas,bilik mandi, sistem aliran paip balkoni dan pelbagai lagi masalah turut timbul menyebabkan pengadu kecewa dengan tindakan pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Posting daripada Taufeeq juga sehingga kini mendapat lebih daripada 5,000 perkongsian di Facebook dan netizen menasihatkan mangsa untuk mengambil tindakan undang-undang.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati bila mahu membeli rumah. Pastikan anda menyemak latar belakang pemaju sebelum membuat keputusan untuk melabur ratusan ribu ringgit.

Banyakkan bertanya dan baca tips membeli hartanah di media sosial bagi mengelak diri menjadi mangsa penipuan pemaju yang hanya mementingkan keuntungan.

Kami juga ingin mengaskan bahawa artikel ini tidak berniat ingin menjatuhkan mana-mana pihak namun hanya sekadar berkongsi aduan daripada pengadu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.