Header Ads

Aksi Pemuda Bantu Keluarga Kemalangan Dapat Perhatian Netizen




TINDAKAN seorang penunggang motosikal sanggup berhenti kala hujan bagi bantu sebuah keluarga terperangkap dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini telah dianggap sebagai ‘hero’ dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh Faiz Mansur, kejadian difahamkan berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarganya termasuk ke dalam satu lubang besar di sebatang lebuh raya yang menghala ke KLIA, Sepang, Selangor.

Pemuda berkenaan secara tiba-tiba muncul untuk membantu biarpun keadaan ketika itu sedang hujan lebat.

Ikuti perkongsian penuh kisah ini yang mendapat lebih daripada 6,000 retweet dan semoga sikap pemuda berkenaan dapat dijadikan contoh teladan buat kita semua.


Mamat ni lah yang tolong kami pagi tadi. Hampir accident langgar divider. Kereta masuk lubang besar. Hujan lebat kan. Ayah tak berapa nampak, aku pun memang tak nampak ape.

Tetiba lalu lah mamat ni, die on-the-way nak pergi kerja, sanggup berhenti buka helmet, basah kuyup. Gadaikan masa. Hujan lebat pun dia tak hairan.
Dia ajar ayah cara nak keluarkan kereta dari lubang besar tu. Siapa yang jalan highway nak menghala ke KLIA dari Sepang tu, hati2.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.