Header Ads

Suami Hadiahkan Isteri Kereta 'Clon' Sempena Anniversary Dirampas Polis



Sekadar Gambar Hiasan

KERIANGAN seorang wanita yang menerima kereta baharu daripada suaminya sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka terbantut apabila mengetahui bahawa kenderaan tersebut sebenarnya adalah klon.

Tambah menyedihkan, kereta model Honda Civic ES terpaksa dirampas oleh pihak berkuasa serta-merta setelah pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan identiti haram kereta tersebut.

Menurut suri rumah yang berusia 40-an itu, dia menggunakan kereta itu sejak lima bulan lalu dan tidak tahu-menahu kereta itu adalah kenderaan lupus di Singapura,

Menurut jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), wanita itu ditahan anggota penguat kuasa ketika operasi Ops Khas semasa dalam perjalanan membawa pulang anaknya dari sekolah berdekatan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Pemeriksaan mendapati kereta itu masih lagi mengekalkan ciri-ciri spesifikasi asal seperti kenderaan di Singapura menyebabkan ia ditahan.

“Susulan itu, kereta berkenaan disita untuk pemeriksaan lanjut selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu, selain tidak dibenarkan digunakan di atas jalan raya di negara ini,” katanya kepada Harian Metro.


Hasil soal siasat, wanita itu turut mendakwa kereta itu dibeli suaminya untuk dihadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan mereka


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.