Header Ads

Datuk Lee Chong Wei Tangguh Hasrat Bersara




GEORGETOWN: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memberi bayangan bakal menangguhkan persaraannya, sekurang-kurangnya sehingga sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Chong Wei berkata, ketika ini beliau hanya ingin memberi tumpuan kepada beberapa kejohanan terbuka tertentu, namun perkara itu masih belum dibincangkan secara mendalam.

"Saya belum fikir lagi (untuk bersara) kerana mahu fokus dengan beberapa kejohanan selepas ini.

"Hasrat untuk main di sukan Olimpik Tokyo memang ada, tetapi bergantung kepada badan saya juga," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemberian Insentif kepada Pemenang Pingat Olimpik Rio di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Turut hadir, pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying. Pada majlis berkenaan, Chong Wei yang juga anak kelahiran Pulau Pinang menerima insentif sebanyak RM150,000, manakala Peng Soon RM100,000 dan Liu Ying RM25,000.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.