Header Ads

Cuba Rogol Pekerja Salun, Seorang Lelaki Berusia 23 Tahun Ditahan




Kota Tinggi: polis menahan seorang lelaki yang cuba merogol pekerja salun di Jalan Balau 11, Bandar Penawar di sini, Khamis lalu.

Lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Batu Mas, Sungai Rengit, Pengerang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata sebuah Perodua Myvi yang disyaki digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Paya Mengkuang, Bachok, Kelantan, kini ditahan reman tujuh hari hingga Khamis ini untuk membantu siasatan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi itu, wanita berusia 31 tahun itu seorang diri di salun berkenaan apabila didatangi seorang pelanggan dikenalinya yang memaut leher mangsa dengan kasar dan badannya dihempas ke lantai.

“Suspek berusia 23 tahun bertindak agresif terhadap mangsa dengan cuba menarik seluar Jeans wanita itu, menarik rahang dan memaut leher mangsa dari belakang.

"Mangsa kemudian dihempas ke lantai menyebabkan mangsa cedera di muka, mulut dan beberapa anggota badan,” katanya.

Menurutnya, mangsa bernasib baik apabila anak perempuannya datang ke salun menyebabkan suspek melepaskannya dan melarikan diri.

Beliau berkata, hasil laporan mangsa, suspek diburu di sebuah rumah di Jalan Batu Mas.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.