Header Ads

Datuk Haron Din Koma di Hospital California




Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilaporkan berada dalam kritikal kerana masalah jantung.

Difahamkan, Haron yang kini sedang koma ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Berita itu dimaklumkan oleh anak lelakinya, Hamdi Haron menerusi mesej kepada kumpulan pimpinan PAS kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.


“Baba dalam keadaan koma, tolong sampaikan pada Tok Guru (Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan pimpinan  PAS. Doktor kata sudah tiada harapan lagi.

“Pendarahan teruk, sekarang ‘on life support’, hanya tunggu masa untuk cabut mesin dan biarlah Baba pergi menemui Rabbul Alamin dengan aman,” tulisnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasaruddin Hassan Tantawi berkata, perkembangan mengenai Tok Guru masih dinantikan.

“Kami juga sedang menunggu berita rasmi daripada keluarga Tok Guru Haron Din,” katanya kepada mStar Online.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.