Ibu Kepada 9 Anak Hilang Tempat Bergantung Selepas Suami Hilang 5 Bulan Lepas
Kuantan: Seorang isteri, Maimunah Abdul Shukor, 37, buntu memikirkan masa depan keluarganya apabila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini hilang tanpa berita sejak lima bulan lalu.
Lebih memeritkan, ibu kepada sembilan anak itu tidak mampu bekerja kerana masih lagi dalam tempoh berpantang anak bongsu yang dilahirkan pada Ogos lalu.
Keadaan itu memaksa Maimunah yang tinggal di Kampung Sungai Karang Pantai, di sini, menagih simpati selain mengharapkan bantuan orang ramai untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Maimunah berkata, mereka sekeluarga mula berhijrah ke Sungai Karang Pantai sejak dua tahun lalu dari Kemaman, Terengganu, dengan suaminya bekerja sebagai nelayan manakala dia mengambil upah mengemas rumah.
“Namun, sejak lima bulan lalu, hidup kami sekeluarga semakin dihimpit kesusahan dan sumber kewangan terputus apabila suami hilang dan sehingga kini masih tidak ada khabar berita.
Post a Comment