“Jangan pedulikan saya! Pergi mati!,” Herdikan Suami Penagih Terhadap Isterinya
Kuala Lumpur: “Jangan pedulikan saya! Pergi mati!,” itu antara herdikan seorang penagih dadah berusia 30-an kepada isterinya sejurus ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kelmarin.
Dalam operasi jam 11 malam itu, isteri penagih terbabit menangis dan berulang kali mempersoalkan tindakan suaminya yang masih menagih dadah.
Lelaki berusia 30-an itu adalah antara tujuh penagih dadah ditahan dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi penguatkuasa lain di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini.
Antara agensi lain yang terbabit dalam operasi bersepadu itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penguatkuasa DBKL.
Semua penagih yang ditahan berusia 18 hingga 49 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dan Seksyen 6(2) akta yang sama kerana melanggar syarat pengawasan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Post a Comment