Header Ads

Kerap Tonton Video Lucah, Punca Lelaki Malaysia Mati Pucuk




Ramai lelaki di negara ini tidak sedar keburukan menjadikan tontonan video lucah sebagai hobi atau bahan pornografi boleh menyebabkan masalah disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk.

Menurut Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi berkata, kajian mendapati, jumlah lelaki Malaysia yang tidak dapat melakukan hubungan intim dengan pasangan mereka meningkat akibat kerap menonton bahan lucah.

#FAKTA 1 : Kesan tonton video lucah, hilang keinginan seksual


Mereka yang menonton pornografi kebiasaannya akan terangsang sehingga satu tahap dan kemudian akan hilang rasa sensasi sehingga akhirnya akan mengalami kelesuan seksual.

#FAKTA 2 : Ada yang anggap tonton video lucah ubat kepada masalah mati pucuk

Kata Dr Mohd Ismail lagi, terdapat banyak salah faham berkenaan bahan pornografi terutama di kalangan mereka yang tinggal di luar bandar.

“Ada pesakit saya dari Terengganu dan Kelantan yang memberitahu saya bahawa mereka menonton pornografi sebagai satu cara untuk mengubati masalah mati pucuk mereka.

“Mereka ini akhirnya sedar pornografi itulah yang mengakibatkan masalah mereka lebih buruk,” katanya.


#FAKTA 3: Rakyat Malaysia paling ramai menonton video lucah

Portal video Lucah pada tahun 2014 melaporkan, rakyat Malaysia merupakan yang paling banyak menonton pornografi di laman itu. Ibu kota Kuala Lumpur dan Kota Bharu mencatatkan paling tinggi.

#FAKTA 4: Dalam seminggu 46 peratus lelaki & 16 peratus wanita tonton video lucah
Sementara itu, majalah TIME awal tahun ini melaporkan bahawa 46 peratus kaum lelaki dan 16 peratus wanita mempunyai kecenderungan menonton bahan pornografi dalam seminggu.

Majalah itu turut melaporkan bahawa 5 peratus lelaki mengalami masalah mati pucuk pada usia 40 tahun pada tahun 1992. Angka itu meningkat ke 26 peratus pada tahun 2013.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.