Menyamun Kerana Mahu Beli Dadah
Sungai Petani: Enam ahli Geng Mizi yang aktif samun kedai serbaneka 24 jam sejak sebulan lalu tumpas selepas ditahan dalam beberapa serbuan di daerah ini, antara 6 hingga 10 September lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata lelaki terbabit berusia 16 hingga 20 tahun melakukan kegiatan antara 2 hingga 6 pagi, melakukan kegiatan itu sejak 21 Ogos lalu.
Menurunya, hasil siasatan dan risikan, polis kemudian mengesan suspek dan menahan lima lelaki terbabit pada di sebuah rumah di Bandar Utama dan Bandar Puteri Jaya, pada 6 dan 7 September lalu.
"Ketua geng terbabit berusia 20 tahun ditahan ketika dia menyamun kedai serbaneka 24 jam di Bandar Mutiara, pada 6 pagi, 10 September lalu.
"Kita turut merampas Honda EX5 dan Wave serta parah panjang yang digunakan untuk menyamun yang disembuyikan di bawah pokok di depan rumah," katanya kepada pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, hari ini.
Md Zukir berkata, tujuan utama mereka menyamun adalah untuk membeli dadah.
Katanya, mereka kini direman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan.

Post a Comment