Suami Curang, Isteri dan Perempuan Simpanan Bergaduh Di Hospital
SEORANG suami yang dimasukkan ke dalam wad mendapat pengajaran yang memalukan apabila isteri dan perempuan simpanannya melawatnya serentak di hospital.
Seorang pelayar laman sosial yang mendakwa dirinya seorang jururawat telah memuat naik rakaman tersebut ke YouTube semalam.
Menerusi video berdurasi hampir 2 minit itu, dua wanita berkulit hitam dilihat saling menarik rambut dan bergelut antara satu sama lain.
Seorang lelaki yang memakai pakaian pesakit hospital dipercayai suami salah seorang wanita terbabit kemudian cuba meleraikan pergaduhan itu.
Namun wanita yang memakai baju tanpa lengan berwarna kuning enggan melepaskan rambut ‘lawannya’ itu, meskipun berkali-kali disuruh.
Walaupun pergelutan berjaya dileraikan, salah seorang wanita itu mula mengambil peralatan dan barangan hospital untuk dibaling ke arah wanita yang didakwa perempuan simpanan suaminya.
Video tersebut yang telah ditonton berpuluh ribu pelayar bagaimanapun hanya menimbulkan rasa geli hati di kalangan mereka yang menonton.
Lokasi sebenar kejadian gagal diketahui


Post a Comment