Header Ads

Tahniah..Ana Dahlia Sah Bergelar Isteri Asyraf




TAHNIAH buat Ana dan suaminya Asyraf kerana telah selamat bergelar pasangan suami isteri pada jam 11 pagi tadi.

Ana atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar dinikahkan dengan Asyraf, anak kepada pengarah, Datuk Jurey Latiff di dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Perdana Taiping, Perak.

Pasangan merpati dua sejoli ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Ustaz Roziman Tajuddin.

Aktres yang popular menerusi drama Menongkah Kasih anggun menggayakan busana berwarna putih menerima RM1,000 wang mas kahwin dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas lima dulang dari pihak perempuan.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu hanya dihadiri oleh kira-kira 50 orang ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, pelakon ini pernah mendirikan rumah tangga bersama anak kepada Chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan iaitu Chef Riz, namun perhubungan mereka tidak kekal lama dan hanya mampu bertahan selama 11 bulan sahaja.

Diharapkan bahtera perkahwinan yang dibina kali ini dapat bertahan hingga ke akhir hayat





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.