'Berkat Sabar Menunggu Zuriat, Saya Disahkan Mengandung Bayi Kembar Empat'
Sudah tiga tahun berkahwin namun belum dikurniakan anak. Si suami pula sudah bersuara mahukan anak menyebabkan si isteri sedikit tertekan.
"Saya sudah berkahwin tiga tahun, masih belum dikurniakan anak. Suami pula sudah bersuara inginkan anak, itu yang membuatkan saya lemah semangat," luahnya di laman Kisah Rumah Tangga.
Ekoran itu, dia bercadang mahu meminangkan sahabat baiknya untuk suami agar dapat memenuhi keinginan suami yang mahukan anak.
"Ada seorang sahabat baik saya yang sebaya dengan saya. Dia janda dan mempunyai dua orang anak. Yang sulung berusia 4 tahun dan yang bongsu, 2 bulan. Dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan keluarganya.
"Jadi saya berfikir, macam mana kalau saya tolong pinangkan dia untuk suami saya? Saya kasihankan dia. Dengan anak nak susu, pampers, duit pula tak ada. Memandangkan suami saya mahukan zuriat, baik saya pinangkan sahabat baik saya untuk suami," katanya.
Hasrat baiknya itu dimaklumkan kepada suami. Namun, si suami mengambil masa selama dua hari untuk mempertimbangkan cadangan isterinya itu.
Setelah berfikir dengan dalam dan solat istikharah, lelaki itu menolak cadangan isterinya dengan baik kerana dia dapat merasakan ada satu keajaiban yang akan berlaku.
Pagi keesokkan harinya, si isteri disahkan mengandung selama tiga bulan. Betapa gembiranya dia sehingga mengalirkan air mata.
"Pagi tadi saya disahkan mengandung tiga bulan. Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya sehingga mengalir air mata. Syukur kepadaMu ya Allah.
"Paling mengembirakan ialah, saya disahkan mengandung kembar empat. Tuhan telah memakbulkan doa saya," katanya.
Berkat kesabaran seorang isteri, akhirnya dibalas dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Golongan lelaki, usahlah terlalu menekan isteri untuk mendapatkan zuriat. Sama-samalah berusaha membawa isteri pergi berubat sama ada dengan cara moden atau tradisional.
Post a Comment