Header Ads

'Berkat Tanggung Hutang Adik Beradik, Allah Kurniakan Perkara Yang Terbaik Untuk Saya'




Oleh S

Salam semua, saya terasa teringin sangat berkongsi pengalaman aku berkaitan hutang di page IIUM Confession ini bila saya terbaca post menanggung hutang sebelum ini. 

Saya kenalkan diri aku, S, berumur 25 tahun dan menetap di bandar Kuala Lumpur. Saya merupakan graduan universiti tempatan. Disebabkan saya belum ada rezeki di bidang pengajian saya, saya beralih arah bekerja di sebuah syarikat kecil sebagai kerani am. Gaji tak banyak jika dibandingkan dengan ijazah saya. Tetapi alhamdulillah saya bersyukur walaupun sakit nak hidup di bandar ini. 

Walaupun saya masih tinggal bersama mak dan ayah, saya perlu tanggung banyak tanggungjawab. Salah satunya, menanggung adik saya yang malas bekerja dan tanggung hutang abang. Kenapa saya yang kena tanggung? Saya bukan nak buka aib mereka, ini hanya perkongsian mengenai berkat kesabaran saya menanggung hutang orang lain. 

Pertama sekali, adik saya. Dia berusia 21 tahun dan sudah bermacam-macam kerja dia buat. Namun disebabkan dirinya yang panas baran, darah muda, kurang kesabaran, mana dia mampu bertahan kerja lama dengan perangai seperti itu? Saya rasa, semenjak dia tamat SPM sehingga sekarang, dia dah cuba lebih 10 jenis pekerjaan. Namun, kerja 3 bulan berhenti, kerja 2 bulan, berhenti kononnya kerja yang dia dapat itu memenatkan. Selepas dia berhenti, dia akan duduk di rumah selama 4-5 bulan dengan alasan mahu berehat. 

Sudah puas saya, mak dan ayah cuba menasihatinya tetapi dia tak ambil peduli langsa. Yang dia tahu, dia akan meminta duit dari mak dan ayah. Ayah selalu juga marah dia tetapi dia tetap tak ambil pusing. Dia akan minta duit dari mak dan ini yang menyebabkan saya kadang-kadang sakit hati dengan perangainya itu. 

Bila mak kata mak tak cukup duit nak bagi, dia akan memarahi mak. 

"Kalau kedekut dengan anak, baik tak payah beranakan aku!" jeritnya kuat-kuat. 

Tahu tak macam mana perasaan saya pada ketika itu mendengar dia berkata begitu?

Jadinya, saya malas nak merunsingkan mak dengan kata-kata adik itu, saya akan bagi duit pada mak dalam jumlah RM250-RM300 untuk kegunaan duit belanja rumah dan adik. 

Untuk pengetahuan semua, adik saya sudah hilang rasa hormat pada saya bila dia mendapat tahu yang saya kerja sebagai kerani sahaja. 

"Belajar habis beribu-riban, tinggi-tinggi, last-last kerja kerani capuk saja," perlinya. 

"Gaji kerani itulah yang aku hulur pada kau yang jenis pemalas tak nak bekerja, lintah darat bagai," kata saya padanya. 

Cakaplah apa pun, dia tetap akan membalas balik sampai saya rasa penat dan dia sememangnya mahu menang dalam pertelagahan seperti itu. Saya jenis yang malas nak panjangkan cerita, saya akan diam. Kadang-kadang saya menangis juga. Iyalah, cuba anda berada di tempat saya dan rasailah segala-galanya. Sengsara perasaang sendiri ini sudah nak digambarkan. 

Kedua, saya menanggung hutang bulanan yang sepatutnya dibayar oleh abang saya. Hutang internet serba laju yang kebanyakkan kita semua gunakan ini. Dia beria-ria memaksa saya melanggan internet untuk dipasang di rumah. Katanya, dia akan membayar bil bulanannya. Saya tegas menolak tetapi dia paksa juga. Dia beri alasan nama dia tidak dapat digunakan kerana banyak digunakan untuk komitmen yang lain. Jadi, saya terpaksa bersetuju.

Dalam masa sebulan dua memang okay, dia bayar. Namun semenjak 3-4 bulan lalu, saya yang kena tanggung. Abang beri alasan gajinya lambat masuk. Saya bising juga tetapi dia buat tak tahu saja. Internet itu tak digunakan pun di rumah sebab masing-masing sudah ada data internet persendirian. Akhirnya, saya yang bayar sebab saya tidak mahu nama saya disenaraihitamkan. Sebulan saja saya kena bayar hampir RM170. Sakitnya hati saya pada mula-mula. Hanya Allah saja yang tahu. 

Sudahlah saya mempunyai komitmen sendiri seperti insurans, PTPTN, ASB bagai. Sakit weh! Bayangkanlah gaji saya RM1,000 sahaja tetapi bermacam-macam hutang saya kena bayar sehingga saya tidak mampu nak menyimpan sedikit pun dari duit gaji walaupun saya sudah habis berjimat. 

Kadang-kadang tak beli topup, mobile data hatta makeup yang murah pun untuk saya guna ini pun tak dibeli. Saya pergi kerja jalan kaki sahaja. Nak berjimat punya pasal. Ikutkan, mak suruh naik bas. Tetapi saya sanggup berjalan kaki sebab nak berjimat punya pasal. 

Takkan nak minta duit dari ayah? Abang saya sendiri pun tak hulur duit pada ayah. Mak pun dia jarang bagi. Apa yang dia tahu, hanya belanja dia seorang diri saja. Saya setiap hari bawa bekal pergi ke tempat kerja walaupun sekadar nasi kosong, lauk ikan bilis dengan kicap saja saya sanggup. 

Di tempat kerja, kawan-kawan sudah memahami keadaan ekonomi saya. Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap. Yang saya tahu, saya perlu melakukan sesuatu dengan hidup saya. Jadi, hujung minggu saya bekerja di kedai serbaneka untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. 

Tahu apa hasil berkat kesabaran saya selama ini? Allah mengurniakan mak dan ayah yang sihat walafiat tanpa sebarang penyakit di kala usia emas mereka. Mungkin nampak kecil di mata anda tetapi nampak berkat dia bila ayah masih boleh bekerja walaupun usia dah hampir cecah 60 tahun. Mak masih mampu melihat dekat dan jauh dengan elok. Dapat pula kawan-kawan yang memahami, yang sudi mendengar cerita sedih dan gembira saya. Dapat salam tangan mak dan ayah sebelum pergi kerja. Yang ini tak semua dapat.

Selain itu dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah dah hampir setahun lebih tidak diserang demam, batuk dan sebagainya. Tak nak riak, nanti kena pula. Hihi! Tetapi, saya memang jenis yang susah sakit. Itu semua saya tanamkan dalam diri saya. Allah nak beri saya rasa payah sikit sekarang. Mungkin lama kelamaan nanti saya senang sikit, siapa tahu kan? 

Bukan saya nak suruh kalian tanggung hutang adik beradik ataupun kawan-kawan. Tetapi cuma mahu berkongsi apa yang terjadi dalam hidup kita ini adakalanya rumit. Tetapi percayalah, ada hikmah disebaliknya itu. Antara nampak atau tidak saja hikmah sesebuah kejadian itu. Jadi, bertabahlah sentiasa dalam kehidupanmu yang penuh dengan onak dan liku. - The Reporter



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.