Header Ads

Fahrin Ahmad Belajar Teknik Jaga Baby Di Youtube



Pertama kali bergelar bapa, pelakon Fahrin Ahmad tidak segan silu menyatakan bahawa dia banyak membaca dan juga mempelajari teknik-teknik penjagaan bayi menerusi laman Youtube.
“Setakat ini saya belajar menerusia bacaan dan Youtube sahaja, jururawat yang menjaga isteri saya juga banyak beri tips dan ajar perkara-perkara yang penting dalam penjagaan bayi”

“Pada asalnya saya rancang untuk masuk kelas tapi kerana jadual sibuk terpaksalah belajar sendiri dari semasa ke semasa,” jelasnya kepada mStar Online. Fahrin dan juga isteri selamat menimang cahaya mata sulung pada 29 September lalu.

Selain itu, menurut Fahrin, dia juga telah melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang menemani isterinya melahirkan anak di Pusat Perubatan KPJ Damansara. Malah apa yang lebih menarik, anak sulungnya itu turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan isterinya. (rtky/s)


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.