Header Ads

Fattah Amin Dan Neelofa Di Intai



Minggu lalu banyak juga acara hiburan. Salah satu yang besar tentunya final Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang sudah pun berakhir di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Ramai sekali peminat datang pada malam itu dan artis juga tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan kepada finalis terutama Amir, Amal dan Reshma.

Dalam celahan ratusan penonton yang duduk di tingkat bawah itu ternampak sepasang pelakon yang kelihatan begitu mesra sepanjang acara berlangsung.

Mereka tidak lain daripada bintang utama siri Suri Hati Mr Pilot iaitu Fattah Amin dan Neelofa. Amboi mereka bukan saja nampak serasi di kaca TV malah di luar set pun mesra semacam saja.

Sejak drama mereka mula viral di laman sosial masing-masing, ramai peminat merestui gandingan mereka itu. Pandai sungguh pengarah Michael Ang.

Tengoklah aksi mereka dalam gambar  ini. Ada masa mereka macam serius, ada masa ketawa dan ada juga nampak berbisik-bisik. tengok macam sesuai saja Fattah dan Neelofa, maklumlah dua-dua pun solo.

gosip macam gitu lebih baik daripada Fattah terjebak dengan gosip ‘hubungan songsang’ yang entah apa-apa seperti baru-baru ini. Apa yang jelas, suka lakonan Fattah dengan Neelofa dalam drama bersiri itu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.