Header Ads

Gara-Gara Upload Gambar Perkahwinan di Snapchat, Perempuan Ini Diceraikan Selepas 2 Jam Berkahwin





Di Riyadh, Arab Saudi, seorang wanita diceraikan selepas dua jam berkahwin kerana dikatakan melanggar perjanjian dan memuat naik foto perkahwinan di Snapchat.

Menurut laporan Mirror.co.uk, pengantin lelaki dan perempuan telah membuat perjanjian untuk tidak mendedahkan perkahwinan tersebut.

Abang kepada pengantin lelaki mengatakan pengantin perempuan telah bersetuju untuk tidak menggunakan media sosial seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk memuatnaik foto perkahwinan.

“Ia termasuk dalam kontrak perkahwinan dan telah disahkan. Kakak ipar saya tidak mematuhi perjanjian dan menggunakan Snapchat untuk menunjukkan foto perkahwinan kepada kawan-kawan perempuannya,” kata abang pengantin lelaki.

Pengantin lelaki kemudian membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan dan mengisytiharkan cerai.

Sementara itu, keluarga pengantin perempuan mendakwa perjanjian tersebut tidak adil.

Keluarga pengantin lelaki bagaimanapun bertegas anak mereka mempunyai hak untuk memfailkan penceraian.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.