Header Ads

‘Kalau Tak Nak Dikhianati, Setialah Dengan Pasangan, Aman Dunia Akhirat’




Oleh kerana banyak sangat isu pasal curang, perceraian yang diceritakan di sini, kenapa kita yang membaca tidak mengambilnya sebagai pengajaran. Walaupun bermacam dugaan yang datang, cubalah untuk setia dengan segala janji yang  selama ini, cubalah untuk setia dengan  pasangan, cubalah untuk setia dengan rumah tangga yang  dibina.

Sememangnya ada walau kita setia macam mana pun pasangan kita tetap cemburu dan syak wasangkam, tapi itu bukan alasan untuk kita curang.  Sekiranya  kita sayangkan pasangan kita, tidak akan muncul isu curang pada pasangan.  Kita tidak akan tergamak melukakan perasaan pasangan kita, apatah lagi kalau kita pernah dilukai,dicurangi ..maksudnya dah ada pengalaman dengan org yg tak setia…lagi mudah rasanya kita belajar untuk setia.

Lagi mudah untuk setia andainya kita tidak mencari sebab untuk tidak setia, atau dengan kata lain mencari sebab untuk curang, misalnya hanya kerana hal remeh seperti  pasangan tidak pandai memasak, atau sesekali lepak dengan kawan-kawan dijadikan alasan untuk curang. Sekiranya tiada sebab untuk tidak setia, kenapa masih mencari sebab itu. Lepas itu cuba meluahkan “masalah” yang sengaja dicipta kepada teman  yang berlainan jantina , dimana       ketika ini bermula masalah yang anda sendiri cari.

 
Kalau tak nak dikhianati, setialah dengan pasangan, setia adalah kunci utama kalu mahu rumahtangga aman dunia akhirat. Kerana kesetiaan lahir dari pasangan yang tidak mencari kelemahan pasangannya.  Apabila kita mendirikan rumahtangga, kelemahan dan kekurangan yang ditonjolkan pasangan diterima tanpa syarat.   Sekali kau sudah curang dengan seseorangan bukan senang untuk kembali seperti biasa, mana yang mahu beri peluang kedua pun akan fikir berkali-kali kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Apa pun setia itu sendiri luas maknanya, kena pupuk dan tanam dalam diri sedikit demi sedikit  supaya dapat tepis segala dugaan dan cabaran .

Disini bukan nak nyatakan setia yang membabi buta, kalu setiap hari kena lempang, sampai dia bawa balik scandal tidur atas katil kita pun masih nak setia, itu sememangnya sendiri yang tidak boleh fikir. Setia yang tanpa perlu kita persoalkan adalah hanya setia kita kepadaNya.  Yang selebihnya, sekiranya ada kemungkaran yang dilakukan, yang hati kita tidak mampu untuk terus bersabar dan menerima, tidak perlu untuk terus setia, bukan mencari scandal lain, tapi bertindak dengan bijak dan tidak move on.

Adakalanya sesebuah perhubungan itu dapat dipertahankan atas dasar kepercayaan dan bersangka baik, maka mereka akan tetap setia dengan pasangan. Kesetiaan juga datang dari diri sendiri, dari dalam diri kita sendiri, sekiranya kita ikhlas, secara sendirinya kita akan setia.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.