'Karier Sebagai Model Kurang Stabil, Wanita Cantik Ini Menjadi Pemandu Teksi'
Agaknya apa reaksi anda ketika tersekat dalam kesesakan jalan raya? Namun, pasti berbeza jika anda sedang menaiki teksi yang dipandu oleh wanita cantik ini.
Memperkenalkan, Ikuta Kana, merupakan pemandu teksi paling popular di Jepun. Ini kerana dia memiliki rupa paras yang sangat menawan dan bikin ramai 'cair' punyalah.
Sebenarnya gadis ini merupakan seorang model di Jepun, namun kerana karier modelling di sana kurang stabil, jadi Ikuta ambil keputusan untuk membuat kerja keduanya, sebagai pemandu teksi.
Baru sahaja berusia 24 tahun, memulakan kerjaya sebagai model majalah kini dia semakin dikenali melalui kerjanya sebagai pemandu teksi.
Popularitinya pula semakin meningkat selepas dia mengambil bahagian dalam program TV Nino San.
Dari segi kerjaya sebagai model, dia merupakan sebahagian dari kumpulan Mina Mates dalam majalah Mina. Ikuta juga menggayakan beberana jenama salon seperti Voce dan ELO.
Menarik, kan? Meskipun mempunyai karier yang glamor namun tidak malu untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan memandu teksi!
Post a Comment