'Wanita Lebih Gemar Lelaki Kelakar dari Kacak, Setuju?'
Bolehkah anda memikat hati wanita dengan menjadi kelakar?
Saya mulanya memang tidak percaya pun pada teori ni. Tetapi selepas mendengar cerita dari rakan-rakan saya sendiri yang pernah ditinggalkan oleh perempuan lain kerana mereka tidak kelakar, seperti mengesahkan pula teori ini.
Perkara ini juga disahkan oleh kaji selidik yang dijalankan oleh Men’s Health terhadap 1,000 orang wanita Amerika yang berumur dari 21 hingga 54 tahun. Hasil kaji selidik yang dibuat mendapati seramai 77% orang wanita sukakan pada lelaki yang kelakar. Dan jika anda tanya rakan-rakan anda yang perempuan pun, mereka akan memilih calon suami yang boleh buatkan mereka ketawa.
Tetapi, kenapa perempuan sukakan pada lelaki yang kelakar?
Pada lumrahnya, orang perempuan memang suka ketawa. Ini adalah salah satu tips yang perlu anda tahu. Mereka kalau boleh memang tidak mahupun berasa sedih atau kecewa. Mereka inginkan hidup mereka happy sentiasa. Kalau mereka dalam bad mood pun, mereka mengharapkan anda akan dapat buatkan mereka rasa happy, gelak ketawa sampai pecah perut, sampai mereka terlupa yang mereka sebenarnya tengah bad mood.
Lelaki yang kelakar juga adalah lelaki yang confident! Orang perempuan kalau nak pilih lelaki, mereka akan cari lelaki yang confident. Lelaki yang confident ni dapat buatkan mereka rasa selesa dan selamat apabila bersama. Sebab lelaki yang jenis macam inilah yang dapat mereka bergantung berharap disaat mereka memerlukan.
Pernah tengok lelaki yang kelakar bergaduh? Jarang sekali bukan? Saya sendiri pun belum pernah lagi tengok lelaki yang pandai buat lawak ni bergaduh bertumbuk dengan orang lain. Lagi pun orang perempuan memang tidak suka pada lelaki yang kasar dan suka cari gaduh. Bagi mereka, lelaki yang suka cari pasal ni adalah lelaki yang tidak cool. Ia berbeza sekali dengan lelaki yang kelakar yang lebih nampak rilek, dan tenang je. Tiba-tiba je dia buat lawak, dan terus semua orang ketawa.
Macam mana nak buat kelakar?
Nak buat kelakar ni bukanlah mudah. Anda perlukan masa dan usaha yang sangat banyak. Bukan dengan buat lawak sekali dua je dah boleh kategorikan anda sebagai lelaki yang kelakar. Sebab setiap perempuan ini unik.
Mungkin lawak yang anda buat pada Perempuan A boleh buatkan si dia ketawa. Tetapi bila anda buat lawak yang sama pada Perempuan B pula, tak ketawa pula dia. Even pelawak terkenal macam Nabil Ahmad pun kadang -kadang buat lawak yang orang tidak ketawa. (Maaf ya kalau anda adalah peminat Nabil) Lagi teruk kalau orang ketawa sebab kesian.
Kalau anda ingin buat kelakar, anda mesti yakin pada diri anda sendiri. Bila anda buat kelakar tu, cuba anda yakinkan diri yang lawak anda itu memang kelakar. Anda kena yakin yang lawak anda buat tu dapat buatkan si dia ketawa berdekah-dekah.
Untuk anda yakin pada diri ada macam-macam cara. Contohnya anda boleh ubah penampilan diri dan gaya anda untuk lebih nampak macho, cool, dan kacak. Bila anda rasa diri anda hebat, secara automatik anda akan rasa lebih yakin dalam diri. Kemudian bila anda sudah yakin, anda akan dapat buat lawak yang dapat buatkan si dia ketawa.
Dan kalau anda ingin belajar cara buat kelakar, anda juga perlu bergaul dengan orang yang pandai buat kelakar. Lagi banyak lawak yang anda belajar, lagi mudah untuk anda buat lawak nanti. Mungkin anda boleh ambil idea dari kawan-kawan anda yang pandai buat kelakar.
Ataupun anda juga boleh tengok video-video kelakar di Youtube. Carilah video lawak yang banyak dapat Like! atau bilangan ‘Views’ dia tinggi. Sebab kalau bilangan Like! atau ‘Views’ dia banyak, maksudnya video itu memang kelakar sebab dapat menarik banyak perhatian orang untuk menontonnya.
Salah satu tagline kelakar yang saya suka adalah tagline dari Ajak kumpulan Shiro Raja Lawak, “Kau ingat kelakar?!” Bila rakan saya cuba buat kelakar, tetapi tak jadi, saya bagi tagline tu. Terus benda yang tak kelakar, menjadi kelakar.
Kelakar, kelakar juga…
Tetapi anda kena ingat. Bila anda ingin buat lawak dekat si dia nanti, jangan pula anda buat lawak yang tak senonoh. Kadang-kadang orang lelaki ni suka buat lawak berbaur lucah. Orang perempuan tak suka lelaki yang buat lawak-lawak lucah ni. Walaupun memang ada je perempuan yang tak kisah, tetapi kebanyakan mereka akan rasa sedikit kurang selesa bila anda buat lawak lucah.
Dan lagi satu jangan buat lawak yang mengenakan si dia. Lagi-lagi kalau lawak itu memalukan. Memang sah-sahlah dia tak suka. Daripada elok-elok anda dapat pikat hati dia, terus anda kena reject on the spot. Tak pasal-pasal kena banned.
Nak pikat hati wanita ini memang sukar. Lagi-lagi bila anda ingin pikat dengan menjadi kelakar. Tetapi tidak bermaksud anda tidak akan berjaya. Apa yang penting, anda kena banyakkan praktis dan praktis. Kalau buat sekali dua tidak menjadi, anda buat lagi lawak yang lain pula.
Tetapi kalau still tak jalan, cuba buat dekat gadis yang lain. Mungkin gadis yang anda cuba trytadi jenis yang minoriti yang tidak sukakan lelaki yang kelakar.
Walau apapun saya ucapkan semoga berjaya la ye. Semoga anda berjaya memikat gadis dengan menggunakan tips kelakar ini.
Post a Comment