Peranan wanita Islam semakin meningkat
PETALING JAYA: Peranan wanita Islam di seluruh dunia dalam bidang ekonomi, politik dan sosial semakin meningkat dan diterima masyarakat antarabangsa. Pengerusi Jaringan Perniagaan Wanita, Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), Datuk Dr Norraesah Mohamed, berkata di negara kita dan rantau ini kebanyakan mereka diterima untuk memimpin dalam sektor korporat, pentadbiran dan politik. Katanya, walaupun beberapa negara di Asia Barat mengekang pembabitan mereka, namun halangan itu menjurus kepada budaya negara terbabit dan bukan faktor agama. "Beberapa negara seperti Pakistan dan di Asia Barat ada kekangan itu, tetapi bukan sebab Islam, sebaliknya berkaitan budaya mereka yang lama terbenam dalam jiwa masyarakat sehingga Islam menjadi mangsa dan dipersalahkan. "Masyarakat di Malaysia sendiri sesetengahnya menganggap tempat wanita itu sesuai di dapur, namun realitinya di negara ini semakin ramai menceburi pelbagai bidang," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi moderator dalam Forum
Kepemimpinan Muslim Dunia Ketiga bertajuk perbincangan berkaitan kepemimpinan wanita muslim, kepentingan, peluang dan cabaran, di sini, hari ini. Norraesah yang juga Pengerusi Eksekutif MyEG Services Berhad (MYEG) berkata, wanita Islam tidak harus bersuara terlalu lantang untuk menuntut hak mereka semata-mata untuk diangkat sebagai pemimpin. Katanya, apa yang penting, golongan itu perlu melakukan apa yang dianjurkan mengikut landasan syariah. Katanya, golongan itu juga tidak semestinya bertindak agresif dan berlagak seperti lelaki hanya untuk mencapai tahap tertinggi. "Golongan lelaki juga harus mengenali dan memahami dengan lebih baik tentang ajaran Islam berkaitan wanita apabila agama tidak membendung golongan ini untuk turut berjaya. "Jadilah diri sendiri dan serlahkan keupayaan, kesungguhan dan komitmen untuk membawa inovasi dan idea baharu dalam organisasi masing-masing," katanya. DISYORKAN Wajah dipersenda, pelakon Opah nafi bedah plastik Pope Francis berceramah dari dewan masjid di Azerbaijan Elizad mohon maaf lakonan mesra bersama Amar Baharin Izara Aishah selesa perut buncit DARI SELURUH LAMAN WEB Mystery millionaire docked in Marina Island Pangkor shy’s from the camera but tells us his remarkable story about money making and money spending! 24 Business News Working Mums: Food You Can Prepare for Your Kids in Under a Minute Betty Crocker How Do Malaysians Get Rich? Watch This Shocking Video Now and Start! direct-news-24.com Full of Surprises: Singapore Facts That Should Blow Your Mind Singapore Tourism Board Recommended by Cari Berita Semasa Dunia Bisnes Hartanah Politik Hiburan Jenayah Politik Rencana Kolumnis Sukan BH@IT BH Auto Capaian Laman Web Mobile RSS Feed Unit Iklan Pertanyaan Maklumat Multimedia Foto Video Sudoku Media Sosial Facebook Twitter YouTube Instagram Interaktif BH TV Rakan BH Langgan Akhbar Digital Akhbar BH SMS Alert Perkhidmatan Iklan Web 1Klassified News Image Bank (NIB) Hubungi Kami Sejarah Redaksi Disclaimer Notis Perlindungan Data Peribadi
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199585
Post a Comment