Header Ads

'Saya Dimadukan Ketika Mengandung Anak Kedua Suami..'




Dimadukan bukanlah satu pengalaman yang manis seperti madu lebah. Tambahan pula jika dimadukan tanpa pengetahuan ataupun persetujuan dari kita sebagai isteri. Lebih-lebih lagi jika sudah bertahun-tahun kita dimadukan, baru terkantoi. Ohh! Itu memang amat menyakitkan hati.

Kalau kisah saya, dua tahun selepas berkahwin, saya dapat tahu yang saya telah dimadukan 6 bulan. Itu pun selepas suami kantoi mesej, call dan lain-lain.

Dugaan untuk saya di usia yang terlalu muda pada ketika itu 24 tahun. Perkahwinan baru saja berusia dua tahun, dikurniakan 2 cahaya mata dan saya telah dimadukan.

Nak kata saya mandul atau susah nak beranak atau belum ada anak, tidak juga. Sebab anak saya nak masuk dua orang sudah pada masa itu. Nak kata saya tiada masa dengan keluarga, saya suri rumah.

Saya berkali-kali bertanya mengapa dia sanggup buat saya seperti ini. Namun dia sendiri tiada jawapan dan sehingga kini saya masih tidak tahu apa sebab saya dimadukan di saat saya mengandungkan zuriat keduanya dan di ketika perkahwinan kami baru berusia 2 tahun.

Mereka rupanya bekerja di tempat yang sama. Sebenanrya, sebelum kami berkahwin lagi mereka sudah banyak kali terkantoi. Namun saya bodoh tidak dapat menilai semua itu. Kalaulah boleh putarkan balik masa itu. Tetapi apakan daya.

Sangat sukar untuk saya menerima kenyataan ini sebab tiada perempuan yang mahukan hidup dia menjadi sebegini. Selama ini saya menyangka perkara seperti ini hanya dalam drama televisyen, rupa-rupanya terjadi juga dalam kehidupan saya.

Saya terasa dunia ini gelap sangat. Saya tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Hanya mampu meluahkan segala kekecewaan, kesihatan bagai kepada Allah. Tetapi hati manusia kan? Mesti ada saja benda yang tidak kena.

Saya sudah tawar hati dengan suami tetapi demi anak-anak yang masih kecil, bagaimana saya nak teruskan hidup sebagai ibu tunggal dan tidak bekerja?

Jadi, kepada wanita di luar sana, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, janganlah diganggu masjid yang sudah dibina. Jangan ganggu suami orang. Kalau bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Merana hati itu nanti. Kalau iman penuh di dada, inshaAllah anda boleh mengawalnya. Kalau iman suam-suam kuku, baik cegah dari awal, jauhilah suami orang.

Kalau benar ada jodoh anda dengan suami orang, maka ikutlah prosedur dan jalan yang betul. Bukannya lari dengan suami orang dan bernikah di Siam.

Sebelum mengambil keputusan berumahtangga, carilah lelaki yang ikhlas menyayangi anda. Biar hati dan perasaan kita tiada saya pada dia sebab hati kita, kita boleh pupuk. Hati orang lain kita tidak boleh paksa.

Kesimpulannya, saya insan yang lemah, tidak mampu menghadapi kehidupan poligami. Mungkin perlu dicari lagi kemanisan madu itu. Tetapi ianya bukan mudah untuk diterima setelah diperlakuakan sebegitu.

Untuk perempuan itu, ingatlah bahawa kehidupan di atas kesengsaraan orang lain tidak akan bertahan lama. Allah itu Maha Adil.

Untuk anak-anakku, Ummi akan sentiasi menyayangi kalian. Kalianlah harta hingga akhirat yang Ummi ada. Kita akan sentiasa bersama sehingga syurga. InshaAllah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.