Header Ads

Senang Jadi Bos, Datang Office Goyang Kaki Dapat RM40,000




My ex boss, gaji sebulan RM40,000. Masa itu aku tengok dia, datang pagi tunjuk muka kejap, cakap-cakap kejap, lepas itu sudah. Belah petang, datang tunjuk muka, cakap-cakap kejap, gelak ketawa, lepas itu sudah.

Dalam hati aku, "Amboi mudahnya kerja mereka. Itu saja kerjanya, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh!"

Hari ini baru aku faham. Apa kita nampak? Boss, kerja goyang kaki sahaja. Setakat datang tunjuk muka, cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat. 

Apa yang kita tak nampak? Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang kakitangan tak nampak.

Dia bukan CEO, yang CEO adalah abang dia. Walaupun abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi dan jawatan yang berpendapatan RM40,000 itu. Abang dia juga bermula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam, kalau tak silap. 

Dia cuma berniaga, bukannya nak menanduk orang tak tentu hala ke, buat jahat ke. Yang pergi simbah sup panas itu buat apa? 

Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun dibiar berusaha dari bawah juga. Kerusi gaji RM40,000 itu cuma boleh duduk bila benar-benar layak. Part dia mengesot berhempas pulas dari bawah sementara nak melayakkan diri duduk di atas kerusi berjawatan berpuluh-puluh ribu itu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

Antara part yang kita tak tengok lagi ialah:

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri seorang dan termasuk diri kita, 4 perut semuanya. Kita sebagai staff asyik fikir nak isi empat perut ini saja, paling tidak tiap-tiap bulan. Katakanlah bos yang gaji RM40,000 sebulan ini, di bawah jagaannya ada 40 orang staff. Katalah purata ahli keluarga bagi setiapo seorang bagi 40 orang staff ini ialah 4 orang. 

4 orang = 4 perut
4 perut x 40 staff = 160 perut

Tolak diri bos ini dan keluarga dia, dia kena fikir setiap bulan macam mana dia boleh terus bayar gaji agar 160 perut ini dapat diisi. 

Kita fikir nak isi 4 perut vs bos fikir nak isi 160 perut. Kalau kita, tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut. Macam mana bos punya stress nak pastikan 160 perut ini dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40. 

Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff. Jadi, layak tak Tuhan bagi pada nada RM1,000 sebulan dengan RM40,000 pada bos anda? 

Antara sifat Tuhan itu adil, adil itu bukan sama-rata. Sama-rata itu bukan adil. Tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Macam mana nak faham kenyataan ini? Begini:

Nisbah anda di atas tadi adalah 1 sahaja, tetapi nisbah bos anda 40. Kalau dia bagi anda RM40,000, bos anda RM40,000 sebulan, apakah itu adil? Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.

Jadi, jika selama ini ada dalam kalangan kita asyik mengata tentang bos itu ini, harap terbukalah sikit fikiran dengan perkongsian ini. Kalau bos kot tergarang sikit pada suatu masa nanti, maafkanlah dia. Pastinya dia berbuat demikian ada sebabnya. 

Kalau nampak bos bersenang lenang itu, jangan iri hati dengan dia. Bila masa dia bekerja, bila masa dia menangis, bila masa di stress untuk memastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya. Kita tak tahu. 

Bulan depan ini dapat gaji lagi. Pergilah ucaplah Terima Kasih pada bos dari sudut hati yang paling dalam dengan senyuman paling ikhlas. Duit gaji yang kita dapat itu, ya betul dari hasil titik peluh kita usahakan tetapi bos itulah yang kuat berusaha agar kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan ringkas seperti itu, seronok hatinya. Hilang sebentar stress atau keletihan dia menguruskan syarikat. 

Tak faham tak mengapa. Bulan depan berhenti kerja, pergi buka syarikat sendiri. Fahamilah bagaimana susahnya nak memastikan kita terus mampu mengaji pekerja-pekerja itu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.