Suami Kaki Pukul Dah Larikan Diri
MELAKA - Susulan viral dakwaan seorang surirumah dibelasah suaminya yang juga Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis kini dalam usaha mengesan suspek, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah menerima tiga laporan membabitkan suspek yang berusia 30'an itu tetapi suspek telah menghilangkan diri.
"Kita menerima tiga laporan masing-masing bersabit pembabitannya dalam kes dadah serta keganasan rumah tangga.
"Kita juga membuka siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah) dan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.
Bagaimanapun satu laporan terhadap suspek telah ditarik balik oleh mangsa.
Difahamkan, suspek telah menghilangkan dirinya sejak hampir tiga bulan yang lalu. Malah, suspek adalah seorang pegawai yang bermasalah serta lari dari tugas.
Kenyataan Khalid itu sekali gus menafikan dakwaan mangsa yang mengatakan polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuat.
Sebelum itu, SPRM melalui laman Facebook rasminya menegaskan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan polis berhubung kes itu. Malah SPRM juga telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai terbabit dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan disiplin sekiranya didapati bersalah
Post a Comment