Tipu 20 Teman Lelaki Belikan Iphone 7 Lalu Dijualnya Untuk Beli Rumah Besar
BEIJING - Seorang perempuan bernama Xiaoli, dari Shenzen di China berjaya mengumpul wang sebanyak 115,010 yuan (RM71,661) dari 20 teman lelakinya untuk membeli sebuah rumah besar, lapor BBC.
Xiaoli dengan bijaknya mengatur strategi liciknya itu telah memujuk kesemua teman lelakinya itu yang masing-masing tidak mengenali sesama diri untuk membeli sebuah iPhone 7 keluaran Apple.
Selepas berjaya mendapatkan 20 buah iPhone 7, Xiaoli kemudian menjual kesemuanya melalui sebuah laman jual beli dan mendapat pulangan 115,010 yuan.
Dari hasil penjualan itu, Xiaoli akhirnya berjaya membeli sebuah rumah yang cukup besar di kampungnya.
Menurut seorang individu yang dipercayai rakannya, Xiaoli bukan berasal dari keluarga yang berada.
"Ibunya seorang surirumah tangga, ayahnya seorang pekerja asing dan dia merupakan anak sulung.
"Ibu bapanya semakin tua dan mungkin kerana terlalu tertekan dan berharap dapat membeli rumah untuk mereka. Tapi rasa tak percaya dia terfikir untuk menggunakan cara seperti ini," kata Proud Qiaoba.
Perbuatan Xiaoli itu menjadi viral di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Ada segelintir netizen yang mengkritiknya tidak tahu malu, namun tidak kurang juga memuji 'kecerdikannya' itu.
Seorang wanita berkata, "Nak cari seorang teman lelaki pun susah bagi saya. Dia pula dapat mencari 20 teman lelaki dan dalam masa yang sama mampu memujuk mereka membeli iPhone 7. Saya nak minta dia ajar saya," katanya.
Post a Comment