Header Ads

Video Seorang Lelaki Pukul Isteri Adik Sendiri Guna Kayu Hoki Kerana Lahirkan Anak Perempuan






Kejadian dikatakan berlaku di India apabila seorang wanita dipukul menggunakan kayu hoki oleh abang ipar dan seorang rakannya . Meena Kashyap (35) dipukul kerana melahirkan anak perempuan dan kerana pertikaian dowry berjumlah 700,000 rupee (RM46,460.00).

Dalam video yang disiarkan dari Daily Mail itu , dapat dilihat wanita berkenaan menjerit kesakitan apabila dipukul depan dan belakang badannya dengan kayu hoki .






Menurut orang ramai , Meena ada membuat aduan keganasan kepada polis pada April lalu .

Anaknya telah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. Keluarga lelaki juga telah meminta bayaran dowry sebanyak 700,000 rupee.

Suami Meena, Daljit Singh dan abangnya Kamaljeet serta rakan mereka Gaurav telah dituduh melakukan perbuatan tersebut.

sumber : Daily Mail

www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.