Header Ads

3 Tahun Saya Tak Dapat Hamil Kerana Gangguan Jin



Tujuan saya tulis kisah ni adalah untuk membantu kawan-kawan kat luar sana yang ada masalah kesukaran untuk hamil Ini kisah benar saya tau Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata dan kini sedang hamil anak ketiga. Tapi nak dapat anak ketiga ni amatlah mencabar dan saya terpaksa menunggu lama Anak kedua saya telah berumur 4 tahun. 

Dan selama 3 tahun saya berusaha hamil tapi gagal sehinggalah saya disahkan menghidapi penyakit ENDOMETRIOSIS oleh pakar O&G.. Pakar tu kata saya dah MANDUL dan tak mampu hamil lagi kerana rahim saya telah rosak. Allahurabbi, menangis saya bila doctor cakap macam tu Selepas saya menjalani pembedahan laparoskopi dan betulkan rahim, saya berusaha Try To Conceive (TTC) dengan vitamin dan supplements, detox, bersenam dan menurunkan berat badan. 

Yela salah satu faktor kita sukar hamil pun sebab telebih berat badan kan Dan alhamdulillah, banyak perubahan yang saya rasa. Sebelum tu saya sengugut yang sangat dasyat. Sepanjang TTC, sengugut saya 99% hilang dan period saya kembali normal Tapi apa yang merungsingkan, badan saya selalu lebam-lebam. Bukan tu je, saya pun kerap mimpi bukan-bukan. 

Pernah saya mimpi gugur baby kembar dan saya pegang janin yang masih berdarah tu di atas tapak tangan saya. Kadang-kadang saya seperti nampak kelibat lembaga melintas depan saya bila malam. Saya rasa takut sangat Allah bukakan hati saya untuk berubat cara perubatan islam dengan seorang ustaz yang diyakini ilmunya benar dan tidak menyimpang. Semasa berubat dengan ustaz tu, jin di dalam badan saya menunjukkan respon yang agak dasyat. 

Jin tu kata dia sukakan saya dan dah lama bersemadi di dalam jasad saya. Dia bukan islam dan tidak ada agama (atheis). Ustaz paksa jin tu keluar dan mengucap syahadah serta halaunya pergi ke mekah mendalami agama islam. Selepas mengucap, jin tu menangis tersedu-sedan mungkin dia sebak dah jadi muslim Sepanjang berubat, saya sedar tapi tak mampu buat apa-apa sebab jasad saya dikawal sepenuhnya oleh jin. Seluruh badan saya bergegar. 

Tapi lepas je jin tu keluar, badan saya lemah selemahnya sampai nak angkat tangan pun tak terdaya. Seolah-olah saya baru berjalan 1000 langkah Saya cerita kat ustaz yang saya selalu mimpi bersetubuh dengan suami sampai klimaks. Ustaz mengucap dan berkata sebenarnya yang bersetubuh dengan saya tu JIN. Memang ramai wanita yang datang berubat dengan ustaz mimpi yang sama. Seminggu selepas berubat, saya lewat datang period. Berdebar sangat nak check UPT tapi saya beranikan diri. Subhanallah allahuakbar, bila check UPT saya double line ! Menangis saya dan suami. 

Saya terus meseg ustaz dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga , asbab berubat dengan ustaz tu Allah permudahkan saya hamil Bak kata ustaz. Penyakit endometriosis yang saya alami bukanlah suka-suka jadi tapi semuanya hasil campur tangan jin. Jin tu kacau darah haid dan rosakkan rahim saya. Tapi lepas berubat, jin dah tinggalkan rahim dan sebab itula bila bersama suami, terus lekat benih. Allahurabbi. 

Saya pun tak pernah terfikir sampai begitu sekali dasyatnya ganguan jin Nasihat saya kepada sahabat-sahabat kat luar sana yang ada masalah sama macam saya. Kalau korang ada masalah berkaitan rahim, cyst, fibroid, kanser, endometriosis, adenomiosis dan sebagainya. Berubatlah. Cari ustaz yang memang amalkan cara perubatan islam yang benar. 

Saya dah berubat dengan darul syifa tapi tak ada apa-apa hasil. Tapi dengan ustz yang sorang ni terus nampak kesan. Jangan putus asa dlm mencari ahli perubatan islam ye kawan-kawan Jin ni memang keje dia kacau anak adam. Jin tak nak umat islam bertambah. Dia akn sedaya upaya kacau supaya benih suami kita rosak dan tak jadi anak. Selain berubat, banyak-banyak berdoa kepada Allah Doakan saya. Sekarang baru nak masuk 3 bulan tapi saya kerap mimpi bukan-bukan. 

Ustaz suruh sy sambung berubat sampai bersalin sebab risiko jin datang kacau kembali sangat tinggi. Saya takut anak dalam kandungan ni diapa-apakan lagi. Semoga kisah saya sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan kat luar sana. Jangan putus asa dalam mendapatkan anak. Selagi kita ada rahim, selagi itulah kita berpeluang menjadi seorang IBU. Edit – Mangsa gangguan jin


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.