Header Ads

'Aku Rindu Sarapan Pagi Ibu..'




Sarapan pagi ibu..rindu sungguh aku dengan sarapan pagi ibu. Sedap,lazat dan aura pagi yang tersedia dalam setiap suapan pagi itu membuatkan hari-hari aku terus bertenaga sebelum memulakan rutin harian.

Tapi apa kan daya. Kesemua itu hanyalah tinggal segamit memori yang tidak akan pernah aku lupa. Sungguh aku menyesal kerana dahulu selalu sahaja aku tidak menjamah sarapan yang penat disediakan oleh ibu kerana terlampau sibuk dengan kerja. Malam aku tidur lewat, jadi pagi pula terkocoh-kocoh untuk pergi ke kerja. Sudahnya sarapan yang disediakan ibu menjadi santapan tong sampah.

Semasa ibu di hari-hari terakhirnya, dia pernah berkata. 'Nanti along dah jadi ibu kepada anak-anak along, along akan rasa puasnya dapat lihat mereka berselera nikmati masakan along'. Aku sangat mengerti bahawa ibu berkecil hati kerana aku selalu tidak jamah masakan beliau, tetapi dia pendam dan cuma beri nasihat yang sungguh tajam dari pedang. Aku mohon maaf tetapi ibu berkata yang aku tidak pernah pun buat salah pada dia. Namun aku mengerti perasaan wanita dan sifat keibuan itu..

Setelah sekian lama jasad ibu tersemat elok di bawah tanah, aku semakin sedar bahawa air tangan ibu tidak pernah sama dengan mana-mana chef even no 1 dunia sekali pun. Terngiang-ngiang nasihat ibu kepada aku..sungguh terkesan.

Nasihat aku, hargailah ibu anda. Setiap ibu sangat gembira jika melihat anaknya penuh selera menghabiskan masakan dari air tangannya sendiri. Satu perasaan yang tiada tolok bandingnya. Aku sudah merasai kegembiraan lihat anak-anak aku dengan rakus nya habiskan masakan aku. Ketawa?mestilah tapi aku sembunyikan dengan teguran supaya makan dengan bersopan. Sekian

-HH


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.