‘Bila Si Suami Nak Tengok Final Piala Malaysia, Tapi Isteri ‘Paksa’ Tengok Gegarvaganza.’
AL-KISAH seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Zaid Rasul baru-baru ini menjadi sensasi di laman sosial setelah kisahnya ‘dipaksa isteri’ melayan program Gegar Vaganza 3 (GV3) namun pada masa sama enggan terlepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah menentang Selangor.
Kisahnya bermula apabila fotonya sedang khusyuk menonton perlawanan bola menerusi telefon bimbit ketika menghadiri konsert minggu ketiga GV3 dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter IZZ.KAMIL (@izzkamilhalda) dengan kapsyen; “When football is life, tapi bini paksa tengok Gegarvaganza.”
Insiden berkenaan menjadi semakin viral apabila portal Malaysian Digest mengeluarkan artikel bertajuk ‘Bila Si Suami Nak Tengok Final Piala Malaysia, Tapi Isteri ‘Paksa’ Tengok GV.’
Artikel berkenaan mendapat perhatian Zaid apabila dia telah ‘diumumkan’ sebagai sudah berpunya oleh portal berkenaan lalu memuat naik status di Facebooknya menafikan dirinya sudah berkahwin.
“Oh…please Malaysian Digest, saya belum lg kawen lg oi…,” tulisnya.
Selain viral di laman sosial, Zaid juga turut ‘dibahan’ rakan-rakan dan adik-beradiknya di Facebook kerana didakwa telah berkahwin secara ‘senyap-senyap.’
“Viral lagi??hahaha… Nasib lar yid,mau jatuh saham ko kalau orang ingat ko da kawin,” tulis Muhammad Hafiez.
Menerusi kemaskini terbaharu di Facebooknya pada Ahad lalu, Zaid menyatakan bahawa dirinya ‘redha’ dijadikan bahan ‘troll’ berikutan gambarnya terus galak dikongsi netizen di beberapa medium laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Post a Comment