Header Ads

Guru Kantoi Berlakon Filem Lucah Letak Jawatan Serta Merta





SEORANG guru dari Rusia terpaksa meletakkan jawatan selepas individu tidak dikenali berkongsi pautan e-mel daripada filem lucahnya kepada murid-murid dan kakitangan tempatnya mengajar.

Svetlana Topol merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah berprestij di St. Petersburg, namun merahsiakan profesion keduanya itu daripada pengetahuan umum.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Topol yang berusia 27 tahun itu dan menerusi pekerjaan ‘kedua’ sebaliknya gemar memegang watak seorang pelajar perempuan dalam filem pornografinya.

Kantoi Berlakon Filem Lucah, Guru Letak Jawatan Serta Merta

“Saya kenal orang-orang yang pernah bekerja dengannya, dia merupakan seorang guru yang ‘jahat’,” kata pengarah filem lucah tempatan, Jack Bob.

“Dia mampu melakukan aksi-aksi yang kebanyakkan aktres seksi lain tidak dapat lakukan dan sangat popular dalam kalangan penonton lelaki,” jelasnya.

Tambah laman itu lagi, Topol yang sudah berkahwin sering menggunakan nama Ariel, Moud dan Christie menerusi filem lakonannya. Malah kegiatannya sebagai pelakon filem lucah turut diketahui suaminya.

Menerusi pendedahan e-mel yang dilakukan individu tidak dikenali itu bahkan turut mendakwa sebahagian filem lucah lakonan Topol yang tersebar itu dirakam pada tahun ini.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.