Header Ads

Ingin Jana Wang Sampingan Hingga Ribuan Ringgit Setiap Minggu? Baca Artikel Ini..





Jika anda baca artikel ini, bermakna anda juga sudah terkena dengan marketing strategy yang banyak sangat digunakan pada hari ini. Bukan niat kak jah nak perdaya anda tetapi ini sedikit tips dan perkongsian sebagai langkah berjaga sebelum terkena.

Masyarakat melayu hari ini. Pantang dipayung gambar duit atau kereta mewah-mewah sahaja masyarakat kita dah mula tidak senang duduk ibarat cacing kepanasan. Hal ini banyak kita boleh lihat dengan mata sendiri di laman sosial media. Tag line yang acap kali mereka guna ' ingin jana wang sampingan dengan blablablabla' dan induvidu-induvidu ini bersertakan gambar duit dan juga kereta mewah maka kita pun berduyun-duyun lah pm si polan ni untuk sertai mereka. Walhal mereka ini ingin menggunakan anda sahaja demi kepentingan mereka

Sedikit sebanyak dengan pamer wang dan kenderaan mewah, masyarakat boleh terpengaruh dengan apa yang induvidu itu mahukan. 'Influence'. Satu perkataan yang dapat kak jah labelkan kepada induvidu-induvidu berkenaan untuk mempengaruhi minda dan masyarakat hari ini. Siapa yang tidak mahu cepat kaya bukan? Tapi eloklah jika kita selidik terlebih dahulu. 

Confession dari IIUM ini membuatkan kak jah tertarik untuk mengupas isu ini. Semoga perkongsian hari ini dijadikan pengajaran.

Ini kisah kawan saya sendiri. Pernah dengar tak tentang phytoscience? Haaaa.. syarikat ni memang berdaftar, berkembang serata negara dah tapi tau tak kisah di sebalik cara MLM dia. Kawan saya, si Z ni bukan jenis percaya MLM tapi disebabkan kawan rapat dia sendiri,dia terjebak.
Ayat ayat macam
1. Ini income pasif, tak kacau gaji kau
2. Aku tak nak la menunjuk tapi kau sendiri tau kan dulu aku macam mana, nak beli motor pun tak mampu, sekarang aku boleh beli rumah n kereta dah.
3. Kita tak payah cari orang, post ja kat media, orang cari kita.
4. Tak payah buat apa pun duit masuk, goyang kaki ja depan phone n laptop.

Disebabkan si Z ni memang kawan lama dengan dia,Z ni percaya la benda ni yang ubah ekonomi kawan dia. Masuk la program rm6060 tapi sekarang rm3400. Kawan dia ni cerita pung pang pasal phytoscience. Brainwash sungguh sampai la si Z ni masuk.

Simple pasal MLM ni, kau buat, kau dapat duit. Kau dapat orang, duit masuk. Orang atas bertambah tambah kaya, orang bawah merangkak teruk nak bagi orang atas kaya. Tak payah la ayat ayat tak perlu cari orang. Si Z ni berhenti buat walaupun tak balik modal sebab dia tak nak aniaya orang yang masuk bawah dia nanti. In case orang bawah dia tak dapat orang, kena orang susah yang masuk, tak ke kesian?

Si Z ni memang jatuh susah la sebabnya hutang macam macam kena bayar, duit habis kat MLM. Aku bukan nak kata MLM ni macam macam, aku cerita kisah kawan aku ja. Si Z ni pinjam duit merata nak bayar hutang. Z nak pinjam kat kawan dia tu tapi di blueticknya saja chat kawan aku. Mula mula dia tak cerita kat aku sebab malu tapi aku kenal dia. Dulu dia happy, sekarang kerja bagai nak mampus bayar hutang.

Kerja kerja part time pun dia sapu. Online pun buat. Aku ni support la kawan aku jual produk, marketing Z memang hebat sampai aku sekali beli produk vitamin C dia. Satu yang aku respect Z ni, dia tapis produk dia nak jual. Mana ada barang kimia n tak pasti kandungan selamat ke tak, dia tak kan jual. Dia cuma jual vitamin saja sebab dia kata kosmetik tak bagus,banyak kimia. Dari aku abang sado, orang panggil aku abang jambu sebab handsome macam Fattah Amin tu.

Sekarang si Z memang tak boleh dengar langsung pasal MLM, dia sebak teringatkan duit dia melayang n dia sedih orang bawah bawah yang tak dapat cari orang. Sekarang dia giat dengan online jual Vitamin C dia untuk cover hutang. Rezeki dia sebab jujur, memang laku. Z cakap kawan dia tu sampai sekarang tak contact dia dah. Z ni baik, dia halalkan saja walaupun tertipu tapi dia cuma sedih orang bawah.

Ni ja la aku nak cakap, ingat semua. Kalau da kawan kawan ajak jumpa, tatap mata dia,pegang tangan dia, tanya dia,

Kau nak jumpa aku sebab MLM atau INSURANS?
Kalau aku tertypo ke or singkatan banyak, maaf la. Kepada Z, maaf la sebab aku cerita pasal kau. Aku tau kau selalu layan confession ni. Aku tak sanggup orang lain kena tipu macam kau.

-HH


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.