Header Ads

Kanak-Kanak Ditemukan Dengan Keadaan Kepala Dipenggal, Dipercayai Dijadikan Korban Oleh Bomoh Untuk Upacara Cari Telefon Hilang







GUWAHATI, India: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kepala terpenggal dan tangan dipotong dipercayai dijadikan korban oleh empat individu untuk 'memujuk dewa' supaya mereka dapat menemui telefon bimbit yang hilang.

Difahamkan, telefon bimbit itu adalah kepunyaan anak perempuan salah seorang dari empat individu tersebut.

Insiden mengejutkan itu berlaku di kampung Ratanpur, daerah Charaideo di timur Assam.

Pengorbanan itu didakwa dijalankan oleh seorang lelaki yang dikatakan bomoh.

Polis telah menahan dua dari yang tertuduh. Dua lagi, termasuk seorang bomoh masih lagi bebas.



Senjata tajam yang ditemukan.

Kejadian terbongkar apabila mayat mangsa, Sunu Godba yang hilang sejak 24 Okt lalu ditemui di kawasan perkampungan itu.


Selain mayat kanak-kanak itu, turut ditemui barang-barang pemujaan di rumah suspek.

Polis mengesahkan seorang bomoh ada mengujungi rumah terbabit untuk melakukan pemujaan terbabit.

"Kami dimaklumkan bahawa seorang bomoh telah datang ke kampung itu untuk mendapatkan kembali telefon yang sudah hilang. Namun apabila kami terima laporan dari keluarga kanak-kanak perempuan itu tentang kehilangannya, bomoh itu sudah pergi.

"Kini, kami sedang mencarinya dan suspek seorang lagi. Kami akan menahan mereka tidak lama lagi", kata polis.

Mayat kanak-kanak itu sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa kepada Sunu, Susun berkata: "Saya tak percaya jiran saya - yang sangat baik kepada anak saya (Sunu) sehingga dianggap sebagai bapa saudara oleh Sunu, boleh membunuh kerana tamak.

"Kami sangat sedih dengan kematian anak kami", katanya.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.