Header Ads

'Kau Masuk Dalam Kereta, Balik Sekarang!' - Padah Akibat Tidak Bagitahu Isteri Keluar Minum Arak, Lelaki Ini Dihayun Parang




BANGKOK - Padah keluar minum (arak) dan berseronok dengan rakan-rakan tanpa pengetahuan isteri, lelaki terpaksa menahan malu apabila isterinya datang mencari dan mengugutnya dengan parang agar dia pulang ke rumah.

Kejadian di waktu pagi di tepi jalan bandar Bangkok yang sedang sesak itu, wanita berkenaan mengeluarkan parang dan mengugut akan mencederakan suaminya jika lelaki itu enggan pulang ke rumah.
Difahamkan, wanita berkenaan telah memandu di sekitar bandar itu bagi mencari suaminya, sebelum menemui lelaki itu sedang melepak di sebuah gerai di tepi jalan, bersarapan dengan seorang rakannya.

Menurut saksi, dari perbualan di antara pasangan berkenaan, lelaki itu telah keluar berseronok tanpa memaklumkan kepada isterinya.

"Dia tak main-main,. Dia suruh lelaki itu masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah.

"Bahaya juga sebenarnya dia memandu sambil membawa parang dan menghayunkan senjata tajam itu di tempat awam seperti ini," kata saksi.

  


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.